Calon SPM di minta menyusun masa dengan baik dan rancang jadual belajar. Kredit foto: Pexels
Calon SPM di minta menyusun masa dengan baik dan rancang jadual belajar. Kredit foto: Pexels

18 tip pantas dan berkesan hadapi SPM 2023!

ROSHLAWATY MD RAIEH
05 Dec 2023 08:30am
A
A
A

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024.

Ia dimulai dengan Ujian Amali Sains pada 5 hingga 7 Disember ini, Ujian Bertutur Bahasa Melayu (8-11 Januari 2024), Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17-23 Januari 2024) serta Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Januari 2024).

Ujian Bertulis pula akan dilaksanakan pada 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

Ketika ini, penulis yakin yang calon-calon sudah membuat pelbagai persediaan sebelum peperiksaan berlangsung.

Bagaimanapun, mungkin ada sesetengah calon masih belum membuat persediaan penuh dek kekangan masa atau faktor tertentu.

Bagi membantu menjawab dengan tenang dalam SPM 2023 nanti, Sinar Bestari berkongsi 18 tip penting untuk calon-calon membuat persediaan sebelum peperiksaan bermula.

Ayuh, amalkan koleksi tip di bawah!

1) Periksa tajuk subjek yang belum calon kuasai, kemudian ambil masa mengulang kaji subjek tersebut.

2) Tanya diri anda, adakah sudah kuasai mata pelajaran yang dipelajari selama ini atau tidak?

3) Kenal pasti tajuk yang sering gagal setiap kali ujian dan peperiksaan.

4) Lakukan ulang kaji secara berkumpulan.

5) Ulang kaji nota pelajaran secara menyeluruh.

6) Buat latihan secara kerap.

7) Tingkatkan bilangan jam belajar, sekarang bukan masa untuk leka dan ‘main-main’.

8) Lakukan kuiz bersama rakan sekelas membabitkan subjek yang belum anda kuasai.

9) Susun masa dengan baik dan rancang jadual belajar.

10) Jaga kesihatan diri untuk elak hilang fokus dalam pelajaran pada saat-saat akhir.

11) Jangan lakukan aktiviti lasak bagi mengelakkan kecederaan berlaku.

12) Makan makanan berkhasiat dan minum lebih air kosong.

13) Lakukan ulang kaji soalan yang sentiasa gagal dijawab ketika ujian.

14) Dapatkan kemaafan dan restu ibu serta ayah.

15) Banyakkan berzikir dan solat tepat pada waktunya.

16) Sentiasa berdoa moga ALLAH SWT kabulkan hajat dan impian serta melapangkan dada.

17) Jangan terlalu tertekan dan memikirkan soalan yang bakal dijawab, tenangkan fikiran anda.

18) Elak berfikiran negatif.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok