No Image Caption

Ini info 5 sekolah tertua di Malaysia

18 Sep 2023 11:10pm
A
A
A

Pendidikan merupakan kunci utama dalam kemajuan sesebuah negara. Aspek ini adalah aset penting jika mahu membangunkan sebuah negara yang mampu berdaya saing di peringkat global.

Masyarakat di seluruh dunia telah mendapat pendidikan awal dari sekolah melainkan ibu bapa memilih untuk homeschooling.

Peranan sekolah bukan sahaja untuk menjadikan seseorang itu berilmu, bahkan ia membawa skop yang lebih besar.

Sejarah pendidikan moden di negara kita bermula kurun ke-18 apabila British mula membina institusi pendidikan di seluruh Malaya.

Terkini mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM), terdapat 10,220 sekolah yang berdaftar di seluruh negara.

Ada di antara sekolah-sekolah ini yang usianya lebih ratusan tahun dan untuk itu pastinya Sinar Bestari ingin kongsikan kepada pembaca lima sekolah tertua di Malaysia.

Jom baca!

1) Penang Free School (1816)

Artikel Berkaitan:

Dibuka pada 21 Oktober 1816, sekolah yang terletak di Pulau Mutiara ini telah berusia 207 tahun pada tahun ini.

Diasaskan ketika pentadbiran British oleh Robert Sparke Hutchings, seorang ilmuwan agama Kristian, tujuan pembukaan sekolah tersebut kerana ingin mewujudkan sekolah percuma terutamanya bagi anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

2) Malacca High School (1826)

Sekolah kedua tertua di Malaysia ini terletak di negeri Melaka dan berusia berusia 197 tahun pada tahun ini.

Dibuka pada 7 Disember 1826 sejurus selepas Belanda menyerahkan Melaka kepada British untuk dijadikan tanah jajahan.

Penubuhannya adalah buah fikiran daripada Thomas H. Moore yang berhajat untuk membuka sekolah aliran Inggeris di Melaka. Ideanya itu mendapat sokongan dan perhatian daripada individu berpangkat besar dan penting di sana.

3) St. Xavier’s Institution (1852)

2023 menyaksikan usia sekolah ini menginjak ke tahun 171. Ia merupakan sebuah sekolah lelaki di Georgetown, Pulau Pinang.

Sekolah ini dinamakan sempena Saint Francis Xavier, seorang pendakwah agama Kristian.

Walaupun sekolah lelaki, masih terdapat segelintir pelajar perempuan yang mendaftar namun hanya terhad untuk pendidikan Tingkatan Enam.

4) Convent Light Street School (1852)

Juga berusia 171 tahun, sekolah ini merupakan sekolah untuk pelajar perempuan dan ia menjadikan ia sekolah perempuan pertama dan tertua di Malaysia.

Terletak di Pulau Pinang, sekolah ini diasaskan oleh tiga orang biarawati dari Perancis untuk tujuan dakwah agama Kristian.

Pada awalnya, sekolah ini berfungsi sebagai rumah anak yatim serta sekolah berasrama untuk keluarga hartawan.

5) St George’s Girls’ School (1884)

Berusia 139 tahun ini dan awalnya sekolah ini bermula dengan kelas tidak formal yang diusahakan oleh isteri kepada Reverend Biggs L. Courtier iaitu Puan Biggs di kediaman mereka yang terletak di Jalan Farquhar, Pulau Pinang sebelum menubuhkan sekolah sendiri pada tahun 1885.

Sekolah ini dibina untuk memberikan pendidikan Inggeris kepada pelajar-pelajar perempuan mengikut 3M (membaca, menulis dan mengira).

Penubuhan sekolah ini mendapat sebahagian sumbangan daripada ahli gereja St. George.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok