Semangat berpasukan dituntut dalam kerjaya jururawat. Gambar hiasan - Kredit foto freepik
Semangat berpasukan dituntut dalam kerjaya jururawat. Gambar hiasan - Kredit foto freepik

Jururawat komponen penting sistem perubatan negara

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
08 May 2023 09:46am
A
A
A

Pandemik Covid-19 telah memberi pendedahan betapa penting sistem perubatan kepada sesebuah negara dalam menangani wabak berkenaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

Salah satu profesion terlibat secara langsung dalam sistem perubatan adalah jururawat, malah mereka merupakan insan yang tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa untuk bersama-sama warga Kement•erian Kesihatan (KKM) agar perkhidmatan kesihatan tidak lumpuh ketika berdepan pandemik Covid-19.

Mereka merupakan antara ribuan hero tidak didendang sepanjang pandemik yang sentiasa siap siaga memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Profesion jururawat gabungan antara seni dan sains yang membantu individu mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa.

Bahkan, individu yang bergelar jururawat bertanggungjawab membantu orang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri.

Selain itu, pekerjaan berkenaan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

Dalam menggalas tugas dan tanggungjawab rutin harian, jururawat tertakluk kepada peraturan-peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dalam meningkatkan kualiti jagaan perawatan kesihatan.

Mereka yang ingin menceburi bidang kejururawatan tidak terkecuali perlu memiliki perwatakan seperti penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin, berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap positif.

Artikel Berkaitan:

Skop perkhidmatan jururawat merangkumi bidang dan pengkhususan seperti perkhidmatan primer, perubatan sekunder dan tertier.

Sinar Bestari berkongsi beberapa ciri-ciri yang perlu ada dalam diri individu untuk berkecimpung dalam bida•ng kejururawatan.

Jom Baca!

1. Berpengetahuan

Sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran jagaan perawatan serta perubatan terkini seiring kemajuan serta perkembangan teknologi perubatan semasa dalam era globalisasi.

2.Etika kerja

Selain itu, jururawat perlu menanam sifat mematuhi etika kerja bagi mencapai taraf kerja cemerlang.

3. Pemikiran kritis

Mereka juga dituntut memiliki pemikiran kritis, sentiasa kreatif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, malah mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kepakaran tertentu.

4.Disiplin

Kerjaya jururawat merupakan salah satu komponen penting dalam industri perubatan, individu yang ingin menceburi bidang tersebut perlu dilengkapi dengan karakter disiplin tinggi dan mematuhi peraturan sepanjang masa.

5. Kerja berpasukan

Mereka mampu bekerja dalam satu pasukan untuk memastikan perjalanan rutin harian berjalan dengan lancar.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok