Kredit foto: Nikkimeel/123RF
Kredit foto: Nikkimeel/123RF

Pelajar diserang anxiety, lakukan 8 cara ini untuk mengatasinya

ROSHLAWATY MD RAIEH
10 May 2023 05:49pm
A
A
A

Pelajar dan anxiety boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku. Begitu akrab, rapat dan sangat sukar dipisahkan antara satu sama lain.

Kenapa pelajar sering diserang anxiety? Adakah mereka bermasalah atau sengaja menimbulkan kesulitan dalam diri?

Anxiety merupakan perasaan bimbang, risau dan takut terhadap sesuatu yang boleh memberikan ancaman dan perubahan kepada psikologi seseorang.

Dalam anxiety, terdapat tiga tahap kebimbangan iaitu rendah, sederhana dan tinggi.

Kebimbangan tahap tinggi dilihat begitu berbahaya kerana boleh memudaratkan diri pelajar itu sendiri.

Ini kerana ia boleh menyebabkan kemurungan, sedih, tidak menaruh harapan untuk hidup, tidak mampu bergembira seperti orang lain dan sering berasa lesu serta pesimistik (bersikap atau berpandangan mudah putus harap) kepada kebolehan diri sendiri.

Pelajar atau guru yang mengalami masalah kesihatan seperti anxiety perlu mendapatkan rawatan dengan segera bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk.

Sebabnya, ia bukan sahaja mengganggu kualiti pembelajaran bahkan menjejaskan kehidupan peribadi sehingga menyebabkan berasa tertekan.

Artikel Berkaitan:

Bagi mengelakkan anxiety daripada terus berlaku, Sinar Bestari senaraikan beberapa langkah untuk mengatasinya.

1) Jangan malu berjumpa dengan psikologi

Harus diingat masalah anxiety bukan gila. Oleh itu, tidak perlu takut dan berasa malu berbincang dengan doktor pakar bagi mengatasi hal ini.

2) Diet seimbang

Amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dapat membantu tahap kesihatan mental dan fizikal.

Oleh itu, amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang merupakan makanan tambahan semula jadi sangat baik untuk meningkatkan imunisasi badan.

3) Libatkan diri dengan aktiviti

Cuba dapatkan atau cari aktiviti menarik untuk dilakukan bersama ahli keluarga atau sahabat.

Sebaiknya lakukan aktiviti yang menghiburkan untuk mengelakkan diri daripada terlalu memikirkan rasa cemas.

Aktiviti seperti berjalan kaki, berbasikal, melukis, mengambil gambar, memasak atau menjahit boleh dilakukan sekiranya ada masa luang.

4) Teman berbual

Jangan biarkan diri keseorangan. Sekiranya berasa bimbang, cuba dapatkan teman untuk meluahkan perasaan.

Selain itu, jika anda tinggal bersendirian di rumah, ajak seseorang untuk menemani kerana pelajar atau individu yang mengalami anxiety mudah mengalami sesak nafas dan berasa cemas.

5) Dekatkan diri dengan tuhan

Mengadulah kepada ALLAH SWT. Luahkan segala perkara yang terbuku di hati. Insya-ALLAH, setiap doa dan amalan kebaikan yang dilakukan pasti mendapat ganjaran dan rahmatNya.

6) Katakan ‘tidak’ pada media sosial

Tenangkan fikiran dan emosi daripada menggunakan media sosial kerana cara ini dilihat begitu 'menjadi'.

7) Latihan pernafasan

Belajar untuk melakukan teknik pernafasan dengan betul bagi membantu menseimbangkan semula degup jantung, menenangkan fikiran dan menjadi lebih fokus.

8) ‘Stop overthinking’

Hentikan segera sikap ‘overthinking’ atau terlalu memikirkan sesuatu perkara yang belum pasti.

Seelok-eloknya, nikmati dan jalani kehidupan sekarang dengan baik dan tidak perlu terlalu risau atau cemas memikirkan tentang masa depan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok