Kredit foto: Sumber internet
Kredit foto: Sumber internet

Pemakaian tanda nama mengikut pekeliling kerajaan, guru-guru wajib beri perhatian!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
05 Apr 2024 02:54pm

Golongan pendidik merupakan antara penjawat awam yang wajib memakai tanda nama sepanjang berada di sekolah.

Ia kerana pemakaian tanda nama itu dianggap sebagai amalan yang paling mudah untuk dikenali oleh warga sekolah terutamanya dalam kalangan pelajar.

Bagaimanapun, masih terdapat guru-guru yang seakan keliru untuk memakai tanda nama berkenaan.

Ada sesetengahnya menggayakan tanda nama di sebelah kanan malah tidak terkecuali terdapat cikgu memakai tanda nama itu di sebelah kiri.

Hari ini, Sinar Bestari berkongsi cara menyeragamkan pemakaian dan penggunaan tanda nama berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil 8 Tahun 1983.

Dalam pekeliling tersebut, ada dinyatakan beberapa peraturan penting yang wajib guru dan penjawat awam lain ikuti iaitu;

1) Semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih berlatar belakangkan hitam dan berukuran 7.5cm x 2.5 cm.

2) Hanya satu nama sahaja digunakan.

Artikel Berkaitan:

3) Tidak ada had huruf dan saiz yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke dalam ukuran tanda nama yang telah ditetapkan.

4) Gelaran-gelaran seperti darjah kebesaran, keturunan, profesion, akademik atau initial tidak boleh dituliskan.

5) Nama jawatan dan logo jabatan juga tidak harus dimasukkan dalam tanda nama berkenaan serta sekiranya jabatan-jabatan yang hendak menggunakan logo mereka, ia hendaklah diadakan secara berasingan dari tanda nama.

6) Tanda nama hendaklah disematkan dibaju di dada sebelah kiri.

7) Tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.

Di harapkan maklumat yang dikongsi ini dapat membantu warga pendidik dan semua penjawat awam di negara ini yang mungkin berhadapan kesukaran dan kekeliruan dalam memakai tanda nama pada pakaian masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp