Dinding memanjat wall climbing dilengkapi pelbagai jenis pegangan tangan dengan bentuk dan saiz berbeza. - Gambar hiasan - Kredit foto Unsplash
Dinding memanjat wall climbing dilengkapi pelbagai jenis pegangan tangan dengan bentuk dan saiz berbeza. - Gambar hiasan - Kredit foto Unsplash

Perlukan kekuatan, ketahanan dan ketangkasan

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
23 May 2023 06:02pm
A
A
A

Aktiviti rekreasi wall climbing semakin mendapat tempat di hati penggemar sukan ekstrem menuntut peserta memanjat ke atas, ke bawah atau merentasi formasi dinding buatan.

Matlamat utama aktiviti tersebut adalah untuk mencapai puncak atau titik akhir laluan yang telah ditetapkan tanpa terjatuh.

Wall climbing memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana ia menguji kekuatan, daya tahan, ketangkasan serta keseimbangan pendaki.

Mereka yang ingin berkecimpung dalam sukan terbabit juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai teknik mendaki yang betul dan penggunaan peralatan untuk memastikan keselamatan diri.

Komponen utama wall climbing ialah dinding untuk memanjat. Kebiasaannya, ia diperbuat daripada beberapa bahan termasuk kayu, batu, gentian kaca ataupun logam

Selain itu, sesetengah permukaan dinding memanjat didatangkan dengan cenuram, jurai dan terowong untuk memberi pengalaman semula jadi serta realistik kepada pemanjat.

Dinding memanjat berkenaan turut dilengkapi pelbagai jenis pegangan tangan dengan bentuk dan saiz berbeza.

Bahkan, terdapat enam jenis pegangan tangan utama yang mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu jug, undercling, sloper, crimp, pinch dan pocket bagi memudahkan pemanjat.

Sinar Bestari mengupas beberapa jenis climbing untuk pembaca yang ingin mencuba sukan lasak tersebut.

Artikel Berkaitan:


1. Bouldering

Ia merupakan satu bentuk pendakian atau memanjat yang dilakukan pada struktur dinding binaan khusus di dalam ataupun di luar bangunan.

Menariknya tentang bouldering, ia tidak melibatkan penggunaan sebarang tali apabila memanjat dinding.

2. Top roping

Melalui teknik top roping, tali memanjat sudah tersedia dipasang untuk memanjat. Tali berkenaan akan diikat melalui sauh di bahagian atas dinding memanjat.

3. Lead climbing

Lead climbing ialah teknik yang lebih advance kerana pemanjat akan mengendalikan sendiri tali apabila mereka memanjat ke atas mengikut route (laluan) dinding.

4. Speed climbing

Pemanjat akan memanjat dengan pantas mengikut laluan secepat mungkin. Ia merupakan pendakian kompetitif yang boleh dilakukan secara individu atau berpasukan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok