Tuanku Zara Salim yang juga Canselor UPSI sebak dan mengesat air mata selepas berkenan menyampaikan Ijazah Sarjana Muda secara anumerta kepada keluarga dua pelajar UPSI yang terkorban dalam insiden nahas bas di Gerik, iaitu Allahyarhamah Nurly Shahirah dan Allahyarhamah Fatin Nasrien sempena Majlis Istiadat Konvokesyen UPSI Ke-27 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City pada Selasa. Gambar kecil atas, Allahyarham Nurly dan Allahyarham Fatin. - Foto BERNAMA