Cara mudah belajar grammar Bahasa Inggeris
24 Aug 2023 11:52am
Bukan suatu hal yang mudah untuk pelajar menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda. Pun begitu, sekiranya diberikan tunjuk ajar yang betul sejak usia muda pastinya tidak akan menjadi suatu masalah.
Seperti mana mempelajari Bahasa Melayu, ada pelbagai kosa kata dan tatabahasa yang berbeza begitu juga dengan Bahasa Inggeris.
Jom ikuti Kelas Bestari bersama Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, Cikgu Wan Norul Addinie Mohd Naser bagi mengulang kaji subjek tersebut, bagaimana mahu menggunakannya dan mengurangkan kesalahan grammar dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di dalam kelas.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok