Projek Megachili 2021- Wujudkan kebun dalam kampus di UPM
Iklan
SERDANG - Satu lagi projek pertanian membabitkan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang giat dijalankan iaitu Projek MegaChili 2021.Projek berimpak tinggi ini dijalankan susulan kejayaan Projek Mega Usahawan Tani bersama Alumni (AIMAC) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar bersama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).Projek hasil kerjasama antara Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM), Kolej-Kolej Kediaman, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Persatuan Alumni, Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Selangor itu menggunakan peruntukan kewangan Tabung Sumbangan Alumni UPM (62363) berjumlah RM45,000Projek MegaChili akan menjadi salah satu projek yang memenuhi aspirasi teras Pelan Strategik H.E.P.A 2021 iaitu Kelestarian Pertanian.[caption id="attachment_27795" width="400"] Jumlah geran yang diberi, digunakan untuk menjayakan Projek MegaChili 2021.[/caption]Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab yang berperanan dalam menggerakkan aktiviti perhubungan alumni, Pusat Perhubungan Alumni sentiasa seiring dengan hasrat universiti untuk memperkasakan hubungan dan jaringan alumni dengan melaksanakan pelbagai program untuk merapatkan hubungan para alumni dan alma mater.Projek yang dijalankan secara fertigasi ini mula dijalankan pada Mac lalu hingga Oktober 2022 dan melibatkan 10 Kolej Kediaman termasuk Kolej Kediaman Sri Rajang, Bintulu, Sarawak, akan diberikan peruntukan geran sebanyak RM5,000 sebagai modal permulaan untuk menjalankan penanaman.Program ini dilihat dapat memperhebatkan lagi usaha mempromosikan institusi ini baik dari segi aspek akademik dan juga bukan akademik, seiring dengan sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).Baca juga Pensyarah Kanan UiTM gesa ibu bapa pantau aktiviti dalam talian anak-anak, cegah sebelum parahBaca juga Tip mudah hafal sifir. Jom ikut cara cikgu Matematik ini buatProjek MegaChili 2021 ini juga dilihat satu penanaman yang berbaloi apabila merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2020, Kadar Sara Diri (SSR) cili hanya berada pada paras 30.1 peratus sahaja.Angka yang kecil ini menunjukkan permintaan dan pengeluar cili dalam negara adalah tidak seimbang. Permintaan yang tinggi namun pengeluarannya masih pada kadar yang rendah.