USIM, UPM anjur program keselamatan jalan raya untuk beri kesedaran kepada pelajar
Iklan
Program Keselamatan Jalan Raya di institusi pengajian tinggi (IPT) wajar diteruskan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mahasiswa tentang pentingnya keselamatan jalan raya.Ini kerana, hampir 80 peratus pelajar di kebanyakan IPT menggunakan kenderaan bagi memudahkan pergerakan di dalam atau luar kampus.Bagaimanapun, sejak penularan wabak Covid-19 tahun lepas, Program Keselamatan Jalan Raya tidak dapat diadakan kerana pelajar perlu mengikuti pengajian secara Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) sehinggalah baru-baru ini, sebahagiannya mula kembali ke universiti secara berperingkat.Ketua Bahagian Operasi Jabatan Keselamatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mejar Rozaimi Kamarudin berkata, pihak universiti perlu bersedia dan mencari kaedah pencegahan atau kawalan terbaik bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan warga universiti apabila 100 peratus kampus di buka semula."Diakui, kempen keselamatan jalan raya perlu diadakan secara bersemuka bagi memberi kesedaran tentang bahaya di jalan raya."Tetapi, dengan situasi semasa, kita perlu fikirkan sesuatu bagi meneruskan kempen tersebut. Mungkin setiap IPT boleh menganjurkan kempen keselamatan jalan raya secara dalam talian yang melibatkan komponen pendidikan, kejuruteraan dan penguatkuasaan," katanya.[caption id="attachment_29594" width="400"] Mejar Rozaimi[/caption]Baca juga Satu juzuk al-Quran setiap hari, rahsia jadi pelajar cemerlang – Graduan Cemerlang UMKBaca juga Makin menyerlah dalam bidang robotik, Ustaz Ismail sasar kejayaan berganda pada masa akan datangBeliau berkata, setiap hari kita didedahkan dengan pelbagai berita kemalangan jalan raya dan masalah tersebut dilihat semakin serius. Keadaan semakin meruncing dan akan meningkat sekiranya tidak ditangani dengan bijak serta berkesan oleh pihak universiti juga negara."Saya nasihatkan agar warga universiti mempunyai sifat bertolak ansur, memandu secara berhemah dan saling menghormati hak pengguna jalan raya yang lain, tidak kira sama ada mereka memandu kenderaan berat, berkereta, penunggang motosikal, berbasikal atau berjalan kaki kerana perkara yang amat penting ialah menghargai nyawa orang lain," jelasnya dengan menambah pihak universiti juga boleh memberi tumpuan lain, menggalakkan pihak korporat dan syarikat swasta mengambil bahagian dan mengadaptasi keselamatan jalan raya sebagai salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).[caption id="attachment_29596" width="600"] Sebahagian pelajar USIM mengikuti kempen keselamatan jalan raya yang diadakan sebelum ini.[/caption]