1326650
1326650

Satu juzuk al-Quran setiap hari, rahsia jadi pelajar cemerlang - Graduan Cemerlang UMK

webadmin
30 Nov 2021 11:11am
A
A
A

Satu juzuk al-Quran setiap hari. Itulah yang menjadi amalan seorang hafizah sehingga berjaya meraih 10 kali Anugerah Dekan dan merangkul enam anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa.

Anak kelahiran Shah Alam, Selangor, Dr Hannah Alam Faizli, 27, berkata, selain membaca al-Quran pada setiap hari, dia turut memberi tumpuan 100 peratus ketika pembelajaran berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian.

Menurutnya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan selama lima tahun atau 10 semester dalam keadaan kekangan ketika pandemik Covid-19.

“Saya akan fokus sepenuhnya kepada pensyarah ketika mereka mengajar dan mengamalkan bacaan satu juzuk al-Quran pada setiap hari.

BACA JUGA: Nasi lori menu wajib, tak pernah lepak di kafe mewah, Penerima Anugerah Canselor Majlis Konvokesyen UMK kali ke 10 dan 11

BACA JUGA: PICK-R daerah Klang capai sasaran, 72,185 pelajar lengkap dua dos vaksin

“Sesibuk manapun saya akan tetap akan berusaha mencari waktu dan mengaji al-Quran selain berpuasa pada hari peperiksaan berlangsung serta mengamalkan memakan kismis,” katanya.

Dr Hannah menunjukkan trofi, sijil dan enam anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, UMK yang dirangkul olehnya.

Anak kelapan daripada 10 beradik itu sebelum ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMK dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 pada Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di UMK Bachok pada 20 November lalu.

Hannah juga adalah hafizah yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Quran Hira, Jeram, Selangor ketika berusia 16 dan 17 tahun pada tahun 2010 serta 2011.

“Ibu bapa adalah pendorong kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama saya semasa berdepan kesukaran dalam pelajaran untuk melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di UMK.

BACA JUGA: Berita gembira buat guru, keputusan eGTukar bakal diumumkan tidak lama lagi

BACA JUGA: Akademi al-Quran di Kota Iskandar terima pelajar mulai Januari

“Selain itu, dua lagi abang adalah hafiz yang turut membantu serta tujuh lagi adik-beradik berjaya dalam pelajaran turut menjadi pembakar semangat,” ujarnya.

Mengulas mengenai minat terhadap haiwan terutama binatang buas, Hannah berkata, ia bermula ketika dia berada di sekolah menengah dan kerap kali menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Ampang, Selangor.

“Ketika itu, saya dapat mendekati banyak binatang buas untuk memberikan makanan dan sempat memperoleh pengalaman merawat seekor harimau belang betina bernama Pia yang mengalami muntah.

“Saya juga sangat teruja melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap singa serta menyimpan hasrat membuka sebuah klinik haiwan pada masa depan,” tuturnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok