Risau untuk temu duga kerja? Lepasan pengajian baharu boleh ikuti langkah mudah ini

Iklan
5643120

Setelah hampir menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar akan mula risau tentang pekerjaan.

Iklan
Iklan

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia baru-baru ini telah menyukarkan lagi proses pencarian pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari serta minat pelajar.

Iklan

Sebaiknya, pelajar yang telah memulakan semester akhir pengajian perlu mengkaji dan menyelidik mana-mana peluang yang ada bagi memastikan mereka mendapat tempat di alam pekerjaan sejurus tamat pengajian.

Iklan

Jadi, Sinar Bestari ingin kongsikan kepada anda langkah persediaan sebelum, semasa dan selepas temu duga untuk jawatan.

Sebelum temu duga

1. Kaji tentang syarikat yang anda pohon

Setiap syarikat yang anda pohon, selalunya akan terdapat laman web tersendiri. Di situ, pelajar boleh cuba untuk mendapatkan maklumat penting tentang syarikat tersebut.

2. Latih diri anda menjawab soalan yang biasa ditanya semasa temu duga

Jika melayari internet, anda boleh cari soalan-soalan yang sering ditanya semasa temu duga. Siap sedia dengan jawapan sebelum temu duga supaya anda bersedia untuk menjawab sebarang soalan yang diajukan.

3. Fahami dengan teliti tentang jawatan yang diiklankan

Setiap iklan pekerjaan mempunyai kriteria yang tersendiri. Baca dan fahami apa yang diperlukan majikan serta kaji apakah jenis-jenis kerja yang akan dilakukan jika berjaya mendapat jawatan  tersebut.

4. Susun bahan rujukan dan hasil kerja

Bagi lepasan baharu, pelajar boleh menggunakan kerja-kerja anda yang relevan sepanjang pengajian sebagai contoh hasil kerja anda.

5. Sediakan soalan untuk penemu duga

Anda juga berhak untuk bertanyakan soalan kepada penemu duga. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjawab persoalan yang dikemukakan.

6. Gunakan peranti dan internet yang stabil

Jika menjalani temu duga secara dalam talian, gunakan peranti yang elok dan pastikan internet stabil supaya tidak tersekat ketika sesi temu duga

Semasa temu duga

1. Pemakaian yang baik

Pemakaian memainkan peranan yang penting untuk tanggapan pertama terhadap diri anda. Pastikan pakaian yang dipakai adalah kemas dan sesuai mengikut keperluan syarikat. Elakkan memakai pakaian yang kedut, kotor dan koyak.

2. Bawa salinan resume, sijil, buku nota dan pen

Resume amatlah penting untuk dibawa semasa sesi temu duga. Walaupun penemu duga sudah menerima resume anda melalui e-mel, mereka juga mempunyai ramai lagi calon untuk ditemu duga. Seeloknya kesemua salinan resume dan sijil yang relevan perlu dikemaskini terdahulu dan susun mengikut keperluan.

3. Tiba awal di tempat temu duga

Rancang perjalanan dengan teliti untuk elakkan anda tiba lewat pada hari temu duga.

4. Jaga adab tertib dan bahasa

Hormati kakitangan syarikat yang anda temui dengan memberi salam ataupun memberi senyuman.

5. Jadi diri sendiri dan jawab dengan jujur serta penuh keyakinan.

Semasa temu duga, jangan cuba untuk menjadi orang lain dengan niat untuk menarik perhatian penemu duga. Jadi diri sendiri dan cuba menjawab segala pertanyaan yang diberikan dengan suara yang jelas dan yakin. Pastikan anda lihat penemu duga anda semasa bercakap.

6. Dilarang untuk bercakap buruk tentang bekas majikan

Amat tidak digalakkan untuk bercakap negatif mengenai bekas majikan anda. Hal ini kerana, ia akan memberi tanggapan bahawa anda juga akan berbuat yang sama sekiranya terpaksa meninggalkan syarikat ini.

Selepas temu duga

1. Langkah seterusnya

Anda boleh bertanya jika terdapat langkah seterusnya dalam proses temu duga. Ini bagi mengelakkan terlepas apa-apa perkara penting yang harus dilakukan. Anda juga berhak untuk bertanya adakah mereka akan memaklumkan kepada anda sekiranya tidak berjaya untuk jawatan tersebut.

2. Hantar e-mel penghargaan

Anda boleh menghantar e-mel sebagai penghargaan kepada individu yang berkenaan kerana memberi peluang untuk ditemu duga.

Jika pelajar ikuti semua langkah-langkah ini, apa yang anda perlu lakukan adalah tawakal kerana sudah cuba sehabis baik dan semoga mendapat jawatan yang anda pohon. Semoga berjaya!

Artikel berkaitan

Panik semasa temu duga dalam talian? Dr Zulkifli kongsi tip penting yang boleh dipraktikkan

Guru Cemerlang kongsi apa yang perlu dikuasai cikgu sebelum menyediakan soalan ujian/peperiksaan

Video monolog Cikgu Syuaib muncul johan di Festival Seni Australia


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok