Banjir yang berlaku tanpa diduga telah meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada mangsa-mangsa bencana alam ini.
Antara yang paling terkesan adalah kediaman rumah yang dipenuhi dengan lumpur tebal yang melekat hingga membuatkan proses pembersihan rumah mengambil masa yang lama.
Dalam situasi ini, bukan mudah untuk mencuci kesan kotor dan lumpur yang terdapat dalam kawasan rumah. Pembersihan yang dilakukan perlu ada penglibatan ramai kerana ia memerlukan tenaga yang banyak dan kuat.
Bagaimanapun, proses pembersihan ini masih boleh dilakukan dengan mudah jika anda menggunakan peralatan yang bersesuaian.
Sinar Bestari senaraikan tujuh peralatan yang memudahkan proses membersihkan kawasan rumah selepas banjir.
1) Water Jet
Peralatan ini antara yang paling penting buat masa ini kerana ia menjimatkan masa dan tenaga untuk bersihkan lumpur yang terdapat di kawasan kediaman.
2) Penyodok Air
Memudahkan air dialirkan dan mengeringkan lantai dengan cepat.
3) Sarung tangan
Dinasihatkan memakai sarung tangan ketika membersihkan kediaman yang terlibat banjir supaya tangan tidak melecet dan selamat.
4) Pekakas Utiliti
Berus, pisau utiliti, tukul, pengikis lantai, penyapu dan kaca mata pelindung. Melancarkan dan memudahkan proses pembersihan kediaman yang dilanda banjir.
5) Topeng pelitup muka
Peralatan ini untuk melindungi kesihatan anda apatah lagi ketika mencuci rumah yang dilanda banjir.
6) Dehumidifier
Merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk mengurangkan serta mengawal kelembapan udara. Ia dicipta untuk menarik kelembapan dan mengeluarkan udara kering.
7) But plastik kalis air
Bila banjir yang membawa lumpur, sudah pasti kita tidak dapat melihat sebarang binatang atau objek tajam yang ada di sekeliling. Justeru, but plastik kalis air ini sangat penting untuk mengelakkan kecederaan pada kaki.
Artikel berkaitan
Tebar roti canai 60 keping sehari, murid Tahun 1 SK Seri Tunjong banggakan keluarga!
Hasil berlatih tanpa jemu, atlet SeMShah akhirnya bergelar raja pecut daerah