"15 hari tanpa kasut tumit tinggi, beg tangan berjenama dan baju formal kerana kamilah cleaner yang dimaksudkan itu"

Iklan
271595492_5076866035665702_7712334819396354045_n
Musibah banjir yang melanda beberapa daerah di negeri pantai timur dan pantai barat baru-baru ini, benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan seorang insan.Memang, bercakap itu mudah bagi yang tidak melaluinya, tetapi buat mereka yang berdepan dengan situasi tersebut, hanya ALLAH sahaja yang tahu segala apa yang terpendam di dalam hati.Seorang pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong, Pahang, dikenali Rozita Nordin menerusi laman Facebooknya berkata, bukan mudah melalui saat diuji."Namun, kita perlu hadapinya dengan sabar dan terus melihatnya dari sudut pandang yang positif," katanya.Sementara itu, GPSBestari sempat membaca luahan hati yang dicoret oleh Cikgu Rozita di Facebooknya bertarikh 7 Januari lalu.Coretan yang cukup menyentuh hati tersebut telah menarik perhatian warga maya dan ramai yang menitipkan kata-kata semangat menerusi ruangan komen.Mari ikuti perkongsian Cikgu Rozita ini.Semoga segala urusan beliau dan warga sekolah dipermudahkan oleh ALLAH SWT.*****Kamilah Cleaner Itu15 hari kami berubah peranan memakai 'uniform' berbezaTiada kasut tumit tinggi, beg tangan berjenama mahupun baju formalKamilah cleaner ituSaban hari menyarung uniform berkasut Phua Chu KangBeg tangan berjenama bertukar penyodok dan penyapuKebaya berubah t-shirt lusuhTangan disarung 'gloves' bukan kulit tetapi plastikDatang bersih, balik bersalut tanah keringMengharungi spa lumpur yang menyakitkan hidungTiada masa untuk pening kepala15 hari menyarung, mengharung manis getir bergelar cleanerDi kala rakan guru bersenda gurau bersama keluarga bercuti di sana siniBermain air di kepulauanBergembira makan minum di hotel bersama keluargaCuti kami kali ini berbeza benarTidak dicatat dalam diariTidak ditempah, tanpa dirancangMalah tidak terfikirkanKami 'bermain' selut yang tidak diundangMembasahkan diri dengan air tinggalan banjirTerpalit tanah yang tengik baunyaBertemankan rakan- rakan yang bersimpati dari seluruh semenanjungDari yang bergelar murid, pelajar, guru, pensyarah, profesor, menteri, Yang Berhormat (YB) tidak kurang juga artis.Baca juga 14 Sasterawan Negara yang perlu pelajar kenali, ini senarainya!Baca juga Penuh kejutan! Cikgu Azlina tak sangka jadi guru Malaysia pertama menang Canada/Jasper Research Award 2021/2022Syukur alhamdulillahTerima kasih Ya ALLAHEngkau menghantar rakan-rakan yang tidak pernah kami kenal tetapi berempati dengan kami yang ditimpa ujianMuBantuan tiba dari pelbagai sudut, benar rezeki tanpa disangka-sangkaDatang mencurah tanpa dimintaSyukur alhamdulillah, terima kasih warga MalaysiaBergelumang selut bersama-samaBertegur sapa seadanyaBesar sungguh kurniaanMu TuhankuTanpa mengira bangsa dan agamaBekerja bersama, bergelak ketawa bersenda bergurauMakan minum bukan di hotel jauh sekali makanan mewah tetap berseleraTerima dengan ikhlasBerganding tangan dan bahuMemberi semangat, sokongan moral buat kami yang kehilanganNikmat mana yang kami dustakan?Hikmah berganda yang Engkau hulurkan disebalik ujian iniInsya-ALLAH, Engkau ganti kehilangan dengan yang lebih baik. Aamiin, Tuhan Yang Maha PemurahInsya-ALLAH kami akan bangkitPandangi kami dengan KasihMu, Ya RabbBasuhi dosa kami, Ya KareemKami reda dengan ujianMu15 hari bergelar cleaner memberi pengajaran buat kamiNamun, jangan ia berulang lagiKasihani kami yang kian lelahCukup bagi kami pengalaman sekali iniIkuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/Sementara itu, beberapa kata-kata motivasi telah diberikan warganet untuk barisan guru sekolah ini.GPSBestari menyenaraikan separuh daripadanya iaitu:Rohaya Dahalal: Semoga dipermudahkan urusan bagi semua warga SMK Bentong dan setiap usaha yang diberi hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas dan mengantikan yang lebih baik.Ani Aziz: Syukur alhamdulillah, semua memainkan peranan. Terima kasih cikgu-cikgu SMK Bentong. Semoga ALLAH beri kekuatan kepada para guru juga anak murid yang terlibat dengan banjir kali ini. AamiinQaseh Fyza: Cuti sekolah bergelumang dengan keletihan berganda-ganda, namun, rezeki kita ALLAH berikan banjir. Moga ada hikmahnya.Wan Azlina Wati Inazaha: Allahuakbar, semoga kalian semua sentiasa dalam rahmah dan barakahNya dan dipermudahkan segala urusan dunia akhiratYusniza Ahmad: Semoga diganjari pahala yang berlipat ganda buat semua yang berkorban masa dan tenaga.Yasmin Zakaria: Semoga kalian tabah. Pastinya diganjari pahala yg berlipat ganda..Insya-ALLAH. Aamiin.Rahim Tanjong Print: Bertabahlah warga SMK Bentong. Kalian memang hebat. Sehari bersama kalian, buat kami insaf akan kepayahan yang ditanggung demi kelangsungan ilmu untuk anak bangsa. Semoga ALLAH permudah urusan warga SMK Bentong.Norlila Abdul Manap: Satu masa akan datang, kenangan ini akan menjadi memori yang terindah bila dikenang semula, percayalah!Razip Husin: Guru insan serba boleh, hanya ALLAH yang dapat membalasnya.Nursyawalina Sulong: Allahurabbi. Moga kesukaran dan kesulitan ini menjadi batu loncatan untuk ke syurga dengan mudahNorzainiza Buyong: Alhamdulillah, tahniah cikgu. Semoga ALLAH merahmati kehidupan kalian. Aamiin.Ehsalmah Husin: Tahniah semoga ALLAH ganti segala keperluan emosi mental fizikal yang lebih baik.Sumber: Facebook Rozita Nordin