[VIDEO] “Nak nyanyi lagu XPDC pada sambutan Hari Guru”

Iklan
852BCBED-45C8-47C0-B4AF-A90181571612

Sebuah video yang tular memperlihatkan kemampuan seorang kanak-kanak kecil berbangsa Cina menyanyikan lagu kumpulan XPDC.

Iklan
Iklan

Video dikongsikan pengguna Facebook Ng Chee Kean, ayah si cilik tersebut meraih 2,000 reaksi dan lebih 200 komen.

Iklan

[caption id="attachment_33228" width="1000"] Chee Kean bersama dua orang anaknya.[/caption]

Iklan

Klip video berdurasi 1 minit 13 saat itu dirakam oleh ayahnya sendiri mendapat pujian rata-rata warganet.

Kata Muhammad Nur Azrin,"Mantap bang, anak pun terbaik."

Baca juga: Fakta muzik ‘lo-fi’ hingga jadi pilihan utama kalangan pelajar

Baca juga: 7 tip menarik mengajar Muzik dengan Murid Berkeperluan Khas secara dalam talian. Ini perkongsian Cikgu Stefanus

Selain itu, Izs Madknownz menambah,"Bagus, teruskan usaha dik. Semoga berjaya satukan rakyat Malaysia melalui muzik."

Menurut Chee Kean, bapa kepada si cilik yang pandai berbahasa Melayu itu anaknya sekarang berusia tujuh tahun dan bakal menyambung sesi persekolahan di sekolah Cina.

"Saya beritahu dia, kalau cikgu tahu dia boleh menyanyi dan main gitar mesti kena buat persembahan ketika sambutan Hari Guru. Awak nak nyanyi lagu apa? Lagu XPDC jawabnya" kongsi Chee Kean.

Difahamkan warganet turut memberikan reaksi dan komen mengenai gelagat anak bongsu Chee Kean itu.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

-"Yang paling kecik tu comel sangat bang. Terbaik, darah seni mengalir ke anak-anak."

-"Comel yang belakang tu betul-betul mendalami. Hehe terbaik bro."

-"Terbaik sungguh terhibur saya menyaksikan adik kat belakang tu."