Alumni MRSM jadi Pegawai Wanita TLDM pertama miliki kepakaran dalam bidang peluru dan letupan, mengagumkan!

Iklan
271767543_263902972492907_4074965410982844643_n

Cita-cita menjadi seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memerlukan pengorbanan yang tinggi dan perlu mempunyai keberanian kerana pelbagai cabaran bakal ditempuh dalam kerjaya berkenaan.

Iklan
Iklan

Selain itu, anggota tentera juga cukup sinonim dengan sifat disiplin. Tanpa kualiti disiplin yang cemerlang, seseorang itu telah gagal dalam menjadi benteng pertahanan negara.

Iklan

SinarBestari tertarik dengan perkongsian oleh Dr Zulkifli Hussain melalui laman Facebook tentang Puteri Shazwani iaitu Pegawai Wanita TLDM pertama yang mempunyai kepakaran Juruteknik Peluru dan Explosive Ordnance pada tahun 2021.

Iklan

Ikuti perkongsian penuh di bawah.

**

Saya tanya kepada Puteri Shazwani, adakah mencabar bagi seorang wanita untuk bergelar sebagai Leftenan Muda TLDM?

Beliau menjawab;"Sudah pasti. Bidang tentera ini luas. Bidang Perubatan, Kejuruteraan, Logistik, Juruterbang, Perisikan, Polis Tentera, Public Relation, Seni/Muzik, Kulinari dan banyak lagi”.

"Berada di persekitaran yang didominasi oleh lelaki, saya perlu belajar untuk cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang situasi”. Puteri Shazwani.

"Peranan wanita juga penting dalam ketenteraan. Saya tidak nafikan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personaliti”.

"Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu”.

Saya tanya lagi, kenapa memilih kerjaya tentera?

"Saya seorang yang sukakan cabaran dan mencuba sesuatu yang baharu bagi menguji kemampuan diri. Bidang tentera telah membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam diri”.

--------------------------------------------------------------------------

Siapa Puteri Shazwani?

Lahir di Kuala Lumpur dan membesar di Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. Aktif dalam sukan Triathlon (Berenang, Berlari & Berbasikal) dan Boling. Pada masa lapang, beliau suka membaca buku dan Bermain Alat Muzik (Gitar/Piano).

Memperoleh pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Ipoh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh (Tingkatan 1 hingga 3) dan MRSM Parit (Tingkatan 4 hingga 5) 2012.

Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) (2014 - 2019) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan. Dalam masa yang sama diserap masuk ke UPNM sebagai Pegawai Kadet Laut.

Alhamdulillah.. Tamat pengajian di UPNM pada tahun 2018.

Beliau ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada tahun 2019. Mula berkhidmat di Markas Tentera Laut, Bahagian Materiel pada tahun 2021. Seterusnya menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama 8 Bulan di Kem Mempaga, Bentong. Kini, diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.

--------------------------------------------------------------------------

Pencapaian;

Naib Johan World Miss University Malaysia pada tahun 2018.

Menghadiri International Leadership Conference di United States Military Academy pada tahun 2018.

Perenang Rentas Selat Dinding 10 kilometer (km) pada tahun 2019.

Merupakan Pegawai Wanita TLDM pertama yang mempunyai kepakaran Juruteknik Peluru dan Explosive Ordnance pada tahun 2021.

Tahniah sekali lagi buat Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman atas kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus diberi kekuatan untuk berbakti kepada negara, bangsa dan agama.

Sumber: Facebook Dr Zulkifli Hussain

Artikel berkaitan

9 bulan 22 hari Dany Al-Fathoni hafal 30 juzuk al-Quran, hebat didikan mak ayah pelajar MRSM ini

Janushaa, graduan wanita Malaysia pertama tamatkan pengajian ketenteraan di AS

Membanggakan! 4 pelajar Malaysia diterima sambung pengajian ke Akademi Tentera AS


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok