Geografi merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah dan ia adalah subjek yang sangat menarik kerana berhubung kait dengan kehidupan seharian kita.
Walaupun menarik, namun masih ramai dalam kalangan pelajar yang tidak meminati subjek berkenaan.
Ini kerana menurut mereka, Geografi susah dan membosankan sama seperti mata pelajaran Matematik.
Malah ada pelajar mengatakan Geografi terlalu sukar kerana perlu menghafal banyak perkara seperti nama sungai, gunung, laut, tasik, tumbuh-tumbuhan, kayu, mineral, Orang Asli, bandar ibu negara, kawasan tanaman kelapa dan sebagainya.
Baru-baru ini, Guru Geografi, Cikgu Phang menerusi blognya memuat naik perkongsian cara mempelajari subjek Geografi dengan mudah sekali gus menarik minat pelajar meminati mata pelajaran tersebut.
Tip yang dimaksudkan Cikgu Phang adalah;
1) Tanamkan minat terlebih dahulu dengan subjek Geografi.
2) Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.
3) Kalau tidak faham, jangan malu untuk bertanya dengan cikgu di sekolah.
4) Buat ulang kaji di rumah selepas kembali dari sekolah.
5) Hasilkan nota ringkas misalnya dalam bentuk peta minda.
6) Bagi yang melibatkan pengiraan, pelajar perlu membuat banyak latihan seperti mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan sebagainya.
7) Banyakkan buat latih tubi berdasarkan soalan mengikut bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai murid, guru dan pemeriksa.
8) Soalan yang melibatkan esei, pastikan buat latihan dan tetapkan masanya. Serah pada guru untuk dinilai dan semak.
9) Akhir sekali, apa bangsa pun, jangan lupa berdoa dengan Tuhan agar diberikan kita pelbagai kejayaan.
INFO
Apa itu Geografi?
Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi.
Perkataan Geografi di ambil daripada perkataan Inggeris yang berasal daripada perkataan Greek hê gê (bumi) dan graphein (menulis atau menggambarkan).
Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat di mana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa.
Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semula jadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.
Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi.
Ia membincangkan tentang beberapa perkara iaitu;
1) Bumi sebagai satu sistem
2) Batuan
3) Laut
4) Iklim
5) Luluhawa
6) Ekosistem
7) Tumbuhan dan haiwan liar
Semoga berkongsian Cikgu Phang ini memberi manfaat kepada semua pembaca terutama pelajar-pelajar sekolah.