Nota tulisan tangan untuk murid dan ini adalah pemberian yang tidak pernah dipersoalkan balik
Iklan
Seorang guru sanggup melakukan apa sahaja demi menyampaikan ilmu kepada anak-anak didiknya.Begitu jugalah dengan guru-guru terdahulu. Mereka ada cara dan gaya tersendiri dalam menyalurkan segala pengetahuan untuk manfaat bersama.Perkongsian Guru Cemerlang, Aminah Mat Yusoff menerusi laman Facebooknya mengenai amalan guru terdahulu, membuatkan ramai dalam kalangan kita sebak.Ini kerana, enam amalan yang dikongsikan beliau cukup membuatkan kita semua ‘tabik’ pada cikgu zaman dulu.Mari ikuti catatan penuh makna Ustazah Aminah untuk para pembaca.Baca jugaRezeki terpilih jadi cikgu, Azhari bersemangat nak mula mengajarPupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak*****Amalan seorang guru, kesannya subhanallahSaya kongsikan amalan terbaik daripada guru-guru terdahulu yang akan sentiasa dikenang anak didik.1) Mendoakan murid sebelum memulakan pengajaran. Amalan ini sangat memberi kesan dan menyentuh hati. Suasana pembelajaran terasa tenang dan tidak ada perlakuan negatif daripada murid. Doa yang biasa guru saya baca ialah ayat 40 daripada surah Ibrahim. Kelebihan ayat ini ialah melembutkan hati yang degil, membantu memperbaiki akhlak, menjadikan murid taat serta mudah mengikut arahan guru.2) Berinfak kepada murid dan sekolah walaupun bukan orang kaya. Kelebihan ini yang sukar dicari ganti. Gaji guru tidaklah mewah, kebanyakannya hanya mampu pakai motor sahaja, tapi sanggup buat tuisyen percuma pada waktu malam dan hujung minggu. Mengajar muridnya berpada-pada dengan keperluan dan belanja tapi sentiasa tamak dalam menuntut ilmu. Kelas tidaklah cantik seperti sekarang namun wajah mereka yang tenang dan menyejukkan hati sudah cukup untuk menarik minat murid ke sekolah.3) Jarang sekali meninggalkan kelas. Guru pada masa dahulu jarang terlibat dengan aktiviti luar atau komitmen lain, kerja mereka hanyalah mengajar. Tidak pernah rasa kecewa setiap kali ke sekolah kerana guru sentiasa ada untuk mengisi jadual mereka. Jika ada urusan penting, guru-guru ini akan gantikan masa berkenaan dengan kelas persendirian di rumah mereka. Sungguh manis kenangan ini.4) Sama-sama merewang rumah murid jika ada kenduri. Seperti satu keluarga, tidak ada tembok yang menghalang hubungan seorang guru dan keluarga murid. Faktor utama ialah akad antara ibu bapa dan guru yang berlaku setiap kali sesi baru persekolahan."Saya serahkan anak saya untuk cikgu didik, kalau nakal, malas, degil dan melawan cikgu hukumlah anak saya, saya percaya pada cikgu." Selesai sahaja ucapan itu ibu bapa tidak pernah persoalkan guru jika anak mereka dihukum, malah anak-anak akan sembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa mereka kerana takut dimarahi dan dihukum sekali lagi.