Panduan memilih beg galas untuk kanak-kanak, ibu bapa wajib tahu

Iklan
beg2
Baru-baru ini tular isu beg sekolah berat yang hangat diperkatakan oleh warganet sehingga ia menjadi diskusi yang serius.Selain menyusun buku mengikut jadual dengan betul, pemilihan beg yang diperbuat dari bahan berkualiti juga penting.Baca jugaIsu masalah beg berat boleh diatasi jika berpandukan FPNBeg roda dan beg silang bukan pilihan baik untuk murid sekolahLagi-lagi apabila membelinya untuk kanak-kanak yang masih bersekolah rendah.Elakkan memilih beg jenis silang atau beroda kerana boleh mengakibatkan sakit belakang badan.Beg galas adalah pilihan yang sesuai yang perlu dititikberatkan bagi memastikan postur badan kanak-kanak elok.Sinar Bestari ingin berkongsi beberapa cara memilih beg sekolah jenis galas yang sesuai untuk murid sekolah rendah;
  1. Utamakan material ringan
Elakkan material yang berat kerana sebilangan besar murid sekolah akan membawa pulang lebih banyak buku ke rumah.[caption id="attachment_35836" width="600"] Kredit foto: Ustationery[/caption]Jadi, pilih beg yang diperbuat daripada bahan yang ringan mengikut kategori sekolah.Jika anak-anak masih prasekolah atau tadika, beg seberat 275 gram sudah memadai memandangkan subjek yang mereka pelajari tidak banyak.2. Lihat ukuranSecara amnya, ibu bapa perlu mengetahui berapa ketinggian anak mereka sebelum membuat keputusan membeli beg sekolah.Ini kerana beg mereka mestilah bersesuaian dengan badan anak-anak, tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah.Ukuran yang betul adalah beg sekolah terletak bahagian tengah-tengah punggung, bukan di bahagian bawah.3. Pilih reka bentukSebelum membeli beg galas, ibu bapa perlu mengutamakan reka bentuk dalam beg sekolah anak mereka.Pentingnya mereka mengetahui perkembangan sekolah kanak-kanak terlebih dahulu. Contohnya, mengambil kira jenis buku teks.Setelah itu, boleh rancang cara penyimpanan buku dan alatan persekolahan dengan betul ke dalam beg.4. Perhatikan tali begBagi kanak-kanak berusian enam hingga lapan tahun, mereka masih dalam kategori murid yang masih muda.Lazimnya, badan mereka juga bersaiz kecil jadi pastikan tali beg galas lebar dan jangan membeli tali yang sempit.Ini akan menyakitkan bahu kanak-kanak ketika menggalas pada kedua-dua belah bahu mereka.Tali galas yang lebar mampu mengurangkan tekanan pada otot trapezius yang disebabkan oleh beg sekolah.5. Tali pinggang begBeg galas sememangnya pilihan terbaik untuk kanak-kanak kerana ia bertali pinggang yang dapat menetapkan beg dalam keadaan pegun, tidak bergoyang.Ciri ini membantu mencegah sakit belakang kerana tali pinggang dapat menstabilkan badan murid.Tali pinggang juga dekat dengan belakang badan di mana kanak-kanak boleh menurunkan beg secara merata sebelum melepaskan ia ke bangku sekolah.6. Pilih beg yang cantikSetelah mengutamakan ciri-ciri di atas, barulah ibu bapa boleh memilih beg yang memenuhi cita rasa kanak-kanak.Biarlah beg galas tersebut mahal sekalipun, asalkan ia selesa dan cantik pada si pemakainya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Beg sekolah yang mempunyai nilai estetika tinggi dapat menggembirakan hati anak-anak.Akhir sekali, Sinar Bestari berharap ibu bapa dapat membelikan beg galas yang ergonomik untuk anak-anak mereka.Sumber: Ustationery