(VIDEO) Cikgu beli 50 pek nasi ayam RM2, bantu jualan ibu murid lembam

Iklan
VIDEO Cikgu beli 50 pek nasi ayam RM2 bantu jualan ibu murid lembam

Satu hantaran di TikTok memaparkan seorang guru wanita di Kedah telah membeli nasi ayam yang dijual oleh ibu kepada anak muridnya yang lembam.

Iklan
Iklan

Murid lelaki tersebut dikategorikan sebagai Murid Berkeperluan Khas (MBK) kerana mempunyai masalah pembelajaran. Dia juga sering berada dalam dunia sendiri yang tidak dihadapi kanak-kanak normal lain.

Iklan

Di dalam video berdurasi 3 minit itu jelas menunjukkan murid MBK tersebut mengekori guru wanita itu. Tujuan murid itu mendekati adalah untuk membantu guru tersebut membawa begnya.

Iklan

Baca juga

(VIDEO)"Terima kasih cikgu, bagi duit dekat saya untuk buat cermin mata”

(VIDEO) Lempar guru ke dalam kolam, tindakan sekumpulan murid undang pelbagai reaksi warganet

Sampai sahaja di kelas, guru berumur 40-an itu mengajak murid lelaki berkenaan bersembang dengan bertanyakan pekerjaan ibunya.

Lalu murid pendidikan khas itu pun menjawab,"Mak jual chicken chop, kentang dengan nugget.

"KFC, tapi yang macam ayam goreng tepung itu pun ada,” katanya.

[embed]https://www.tiktok.com/@cikpuangojes/video/7065309262410501402?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7063350216812709378[/embed]

Seterusnya, guru wanita itu bertanyakan di manakah lokasi ibunya menjual makanan-makanan tersebut.

Murid lelaki berkenaan menjawab,"Tak jual dekat mana-mana, hantar sahaja.

"Kalau orang tempah, dia hantar ke rumah nenek,” katanya.

Difahamkan, ibu murid MBK itu sering mempromosikan jualannya di WhatsApp melalui kumpulan yang dianggotai ibu bapa murid-murid.

Namun, strategi pemasaran ibu murid tersebut kurang mendapat sambutan.

Lantas guru wanita itu terus menempah 50 bungkus nasi ayam yang dijual dengan harga RM2 sahaja.

Pada hari tempahan siap dibuat, guru wanita berkenaan seakan tidak percaya dengan harga makanan dijual semurah itu.

Dia mendapatkan kepastian dengan bertanyakan kepada ibu murid yang menyiapkan tempahan nasi ayam.

"Dua ringgit ke ni?,” tanyanya.

Lalu ibu murid itu mengangguk.

"Jual mahal memang tak laku la,” jawab ibu tersebut.

Pada akhir video, guru wanita itu mengajak orang ramai bagi menyokong bisnes makanan ibu murid MBK tersebut.

Difahamkan lagi, wang hasil niaga akan digunakan untuk menanggung kos pembiayaan murid itu apabila dirujuk kepada pakar.

Terkini, hantaran tersebut berjaya mencecah 312,200 tontonan dengan 31,000 tanda suka dan 1368 komen daripada warganet.

Rata-rata terkejut dengan harga nasi ayam yang dijual dengan harga cukup murah.

Countessriena :Murahnya RM2, macam mana nak tempah cikgu?

Eton Rabiatul :Untung ke dia jual RM2? Nasi lemak ikan bilis pun dah RM2. Jual mahal orang tak beli.

Farihah :ALLAH. RM2, sup, ayam dan nasi banyak dengan bekas lagi.

Tidak kurang juga, ada warganet yang mencadangkan ibu murid MBK itu menaikkan harga jualan.

Juwieta Yasmieta : Murahnya jual nasi ayam RM2. Saya pun jual nasi ayam dari rumah, RM5 dan RM8. Mudah-mudahan ada rezeki dia jual nasi ayam RM2 itu. Amin..

Thaqif Harraz :Cikgu suruhlah dia jual RM3.50 ke, janganlah RM2. Tak ada untung. Kesian dia kan? Semoga niat cikgu serta peniaga itu dipermudahkan.

Azdeen :Biar betul RM2, cikgu? Suruh dia jual mahal sikit. Di Kuala Lumpur pun minimum RM6.