Semakan penempatan 4,828 guru pengambilan khas pada 18 Mac, mula lapor diri 4 April

Iklan
PUTRAJAYA - Keputusan rasmi penempatan bagi 4,828 calon yang telah berjaya dalampengambilan khas secara one-off Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)DG41 akan diumumkan pada 18 Mac ini.Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, semakan penempatan boleh dibuat melalui portal e-Graduan Kementerian Pendidikan (KPM) di pautan https://egraduan.moe.gov.my.Baca jugaSemakan tawaran SVM ke Sekolah Khusus 2022 bermula 15 MacGuru interim Bahasa Inggeris bakal dilantik tetap PPP Gred DG41"Pelaksanaan inisiatif pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang ini adalah antara usaha menangani isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama."Guru-guru ini akan mula melapor diri pada 4 April 2022," katanya dalam satu hantaran menerusi laman rasmi Facebook miliknya hari ini.Beliau juga sempat mengucapkan tahniah kepada semua guru yang berjaya dan bakal memulakan tugas pada 4 April ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas."Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara," jelasnya.