Teruja lihat maskot panda dan pemain bola sepak Kedah FA datang sekolah

Iklan
Teruja lihat maskot panda dan pemain bola sepak Kedah FA datang sekolah
Hari pertama sesi persekolahan bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kedah meriah dan riuh rendah apabila munculnya maskot panda di pintu masuk sekolah berkenaan.Ia bertambah meriah apabila pemain bola sepak Kedah FA, Muhammad Amirul Hisyam Awang Kechik turut hadir bagi memberi semangat terutamanya kepada murid baharu.Guru Bimbingan dan Kaunseling, Cikgu Alizawati Abd Rahim berkata, kehadiran maskot panda dan Muhammad Amirul sememangnya telah dirancang sebagai mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah."Kelihatan semua murid cukup teruja dengan apa yang kita bawakan kali ini."Masing-masing mengambil kesempatan bergambar bersama maskot panda dan juga pemain bola sepak berkenaan. Jadi, kita anggap usaha yang pihak sekolah buat ini menjadi," katanya kepada Sinar Bestari.Baca jugaProgram TVET Junior akan diperkenalkan, tarik pelajar minat bidang kemahiranPermohonan biasiswa sains tulen MyBrainsSc kini dibuka, tarikh tutup 14 AprilSelain guru-guru, turut hadir pada sesi pertama persekolahan Penggal 1 2022/2023 ialah Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri dan Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Zainol Abidin Mohamad.Sebanyak 300 unit ‘note pad’ telah diserahkan kepada murid-murid yang datang ke sekolah lebih awal.Pemberian itu adalah satu inisiatif daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah yang dinamakan sebagai program Sekolah Penyayang: Seronok Mai Sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sementara itu, Zainol Abidin memuji langkah dan usaha yang dilakukan guru-guru dalam menarik minat murid untuk datang ke sekolah."Saya sangat gembira bila lihat murid-murid teruja dengan kehadiran maskot panda berkenaan."Masing-masing enggan masuk ke kelas sebaliknya mahu setia bersama panda dan kawan-kawan yang lain," katanya yang telah berada di sekolah seawal pagi bersama-sama ibu bapa dan murid-murid pada hari pertama persekolahan.