Guru kongsi aktiviti ‘Buku Gergasi’, tarik minat murid mendalami maksud sajak

Iklan
WhatsApp Image 2022-03-23 at 4.55.25 PM
Peredaran teknologi yang semakin berkembang pesat sedikit sebanyak menyebabkan kelunturan seni bersajak terutamanya dalam kalangan murid.Tidak mahu seni berkenaan terus dilupakan, Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Kenering, Gerik, Perak, Cikgu Ahmad Safarman Dollah mengambil inisiatif untuk memartabatkan seni bersajak dalam kalangan murid sekolah itu.Usaha itu dibuat menerusi aktiviti ‘Buku Gergasi’ yang memberi peluang kepada murid-murid mendeklamasikan dan menyatakan maksud sajak secara terang dan jelas.Menurut Cikgu Ahmad Safarman, antara kriteria yang dititikberatkan ialah murid dapat mendeklamasikan sajak dengan nada yang sesuai dan menyatakan maksud sajak mengikut konteks.[caption id="attachment_37126" width="450"] Hasil jawapan daripada murid-murid mengenani salah satu maksud sajak yang diketengahkan oleh Cikgu Ahmad.[/caption]Baca juga5 bahan untuk guru gunakan bagi kelas PPKI. Mudah dan senang dapat!Lentur tangan anak-anak dengan aktiviti prapenulisan sebelum bersekolah"Penerimaan murid-murid untuk turut serta dalam aktiviti ini sangat memberangsangkan dan mereka kelihatan seronok melakukannya."Tambahan pula, belum pernah lagi aktiviti sebegini diadakan di sekolah ini," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Bestari, pada Rabu.Dalam pada itu, Ahmad Safarman turut berkongsi bagaimana aktiviti tersebut dijalankan bagi memastikan murid-murid dapat merasai keseronokan ketika diajar mengenai seni bersajak itu.[caption id="attachment_37125" width="450"] Cikgu Ahmad serta salah seorang muridnya memegang 'Buku Gergasitarget="_blank"'>Ujarnya lagi, kesemua hasil kreativiti setiap murid akan dikumpulkan dan dijadikan satu buku gergasi supaya boleh dibaca oleh rakan-rakan yang lain.Sememangnya aktiviti sebegini perlu diperbanyakkan lagi dan tidak terhad kepada pembelajaran sajak sahaja. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Ahmad Safarman.