Cara bina teknologi Augmented Reality di bilik darjah, tarik keseronokan murid ketika PdP

Iklan
628080FD-D85A-48AF-BC5D-57F37A8183E3
Teknologi Augmented Reality (AR) dalam pendidikan mampu meningkatkan keseronokan murid di bilik darjah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung.Kajian berpendapat AR menggalakkan murid untuk melihat kewujudan antara objek sebenar dan maya dengan jelas.Baca jugaCikgu Raihan berkongsi teknik mengukur gunakan telefon pintarUTM hasilkan kajian persekitaran maya 3DPerkara ini dilihat dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam PdP terutama sukatan pelajaran yang berasaskan kehidupan seharian.Pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin menyediakan cara membina AR kepada guru-guru bagi menghasilkan PdP menyeronokkan di bilik darjah.******1- Pasang perisian Makar terlebih dahuluBuka pelayar di komputer dan buat pencarian Makar kemudian klik ‘Download Now’ untuk muat turun aplikasi AR itu.Kemudian muat turun perisian itu, tekan pada kotak ‘I agree to the License terms and conditions’, klik ‘Next’ dan ‘Install’.Tekan butang ‘Continue’ untuk membenarkan akses ke aplikasi Makar, log masuk dengan akaun ‘Google’ supaya lebih mudah akses.2- Bina projek AR untuk anak muridKlik ‘New Project’, ‘Blank Project’ dan muat naik gambar ‘Custom’ pada bahagian ‘Default Image’.Selepas memuat naik, namakan semula keterangan yang berkaitan dengan gambar pada bahagian ‘Untitled’.Di ruangan ‘Choose Target’ klik ‘Upload’ kemudian pilih juga gambar yang sama tadi dan klik ‘Ok’.Untuk pilih fail AR tekan ‘New Resources’, ‘Online Resources’ dan pilih ikon yang bersesuaian kemudian muat turun dalam Makar.Di ruangan ‘Resources Vault’ tarik ikon yang dimuat turun tadi ke bahagian tengah projek.Betulkan kedudukan gambar tersebut mengikut kesesuaian dengan klik pada objek untuk akses butang ‘Move’, ‘Rotate’ dan ‘Resize’.3- Tukar AR ke pautan kod QRTekan butang ‘Publish’, ‘Confirm’ dan ‘Ok’. Makar akan memaparkan ‘ID’ yang mengandungi pautan nombor panjang untuk murid akses AR yang telah dijana, ia juga boleh ditukar kepada imbasan kod QR.Buka ‘Account Settings’, ‘QR Code’, ‘X3’ dan klik ‘Download’.Kemudian buka fail kod tersebut, perisian PowerPoint dan tarik fail tersebut dan gambar objek ke dalam ‘Blank Page’.4- Murid rasai pengalaman AR di bilik darjahMuat turun juga aplikasi Makar di telefon pintar guru supaya murid dapat merasai pengalaman AR ketika PdP.Buka Makar di telefon pintar, klik ‘Search’, butang imbas kod QR dan ‘Experience’.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Pada butang ‘Experience’ imbas sekali lagi tetapi bukan pada kod QR, gambar objek pula.Akhir sekali, murid dapat merasai pengalaman belajar dengan AR dalam dunia realiti.Semoga dapat menjadi panduan buat guru-guru dalam menghasilkan PdP berkesan di bilik darjah.