Kekal selamat ketika berbasikal, 6 peraturan yang wajib pelajar ketahui

Iklan
flo-karr-nCj0zBLIaAk-unsplash
Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal telah menjadi kegilaan ramai pelajar sama ada di peringkat sekolah mahupun institut pengajian tinggi (IPT).Tidak dinafikan, aktiviti berbasikal merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan di samping dapat meningkatkan tahap kesihatan.Sudah menjadi tanggungjawab semua masyarakat untuk memastikan keselamatan diri serta orang di sekeliling dengan mematuhi peraturan ketika melakukan aktiviti ini.Kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi dengan pelajar semua enam peraturan yang wajib dipatuhi ketika melakukan aktiviti berbasikal di atas jalan raya agar dapat mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku.1. Beri keutamaan kepada pejalan kaki atau kenderaan yang ada di atas jalan rayaApabila menghampiri kenderaan atau basikal lain yang sedang atau bergerak dengan kelajuan yang lebih perlahan di depan, pelajar mesti memberi keutamaan sehingga selamat untuk meneruskan perjalanan.Seperti semua kenderaan lain di jalan raya, penunggang basikal dikehendaki memberi keutamaan kepada pejalan kaki terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.2. Menunggang pada arah yang sama dengan aliran lalu lintasPenunggang basikal dikehendaki mengikut peraturan yang sama seperti kenderaan. Semasa menunggang di atas jalan raya, basikal perlu bergerak mengikut arah yang sama dengan aliran lalu lintas.Di Malaysia khususnya, ini bermakna penunggang basikal haruslah sentiasa berada di sebelah kiri jalan.3. Elak berbasikal di laluan pejalan kakiBerbasikal di kaki lima mungkin kelihatan lebih selamat berbanding di atas jalan raya. Namun, apabila pelajar menunggang basikal di atas laluan pejalan kaki, ia boleh mengakibatkan situasi bahaya bagi mereka yang sedang berjalan kaki di kaki lima.Menunggang basikal di atas laluan pejalan kaki berkemungkinan membuatkan penunggang basikal tidak kelihatan oleh pemandu yang tidak menjangka mereka berada di jalan masuk dan persimpangan.4. Gunakan lorong basikal jika adaBagi mengurangkan risiko kemalangan, digalakkan menunggang basikal di laluan basikal yang telah disediakan.Putrajaya merupakan antara kawasan yang mesra untuk aktiviti berbasikal kerana tidak banyak kenderaan yang ada di atas jalan raya terutama ketika bukan pada waktu puncak. Di sini juga disediakan banyak laluan khas untuk berbasikal yang selamat bagi pengguna.5. Rancang perjalanan sebelum memulakan aktiviti berbasikalPastikan pelajar merancang perjalanan dengan menggunakan jalan yang biasa digunakan dan elakkan mengambil jalan yang anda tidak pasti keadaannya.Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada sesat dan mengurangkan risiko kemalangan akibat keadaan jalan raya tersebut seperti jalan berlubang, jalan yang padat dengan kenderaan besar.6. Mematuhi papan tanda lalu lintasMenunggang basikal bukan satu alasan untuk tidak mematuhi arahan papan tanda lalu lintas. Bagi memastikan pelajar sentiasa selamat ketika berada di atas jalan raya, patuhi semua isyarat lalu lintas dan papan tanda lain di jalan raya seperti yang pelajar lakukan semasa membawa kereta atau menunggang motosikal.Jika pelajar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan, kebarangkalian untuk berlakunya kemalangan amat rendah. Harus diingatkan juga untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kerana pelbagai jenis insiden boleh berlaku sekiranya pelajar berbasikal di atas jalan raya.Artikel berkaitan Tular 3 jam jalan kaki ke sekolah, warganet hadiahkan basikal untuk pelajar pedalaman Sabah26 pelajar Politeknik Merlimau Melaka, berbasikal pada waktu malamSukan ragbi serlah bakat murid-murid SK Bandar Tun Hussein Onn (2) 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok