Universiti tempatan hasil mesin pembersih sungai Sabah
Iklan
KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menghasilkan sebuah inovasi dikenali sebagai Mesin Pembersih Sungai UMS untuk mengatasi isu pencemaran sungai yang semakin membimbangkan.Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) UMS, Profesor Madya Dr Jidon Adrian Janaun, sehingga 60 liter atau 90 peratus sampah dan sisa pepejal di sungai mampu dikumpulkan mesin tersebut.Baca jugaUSM bangunkan lima inovasi, bantu tingkatkan pengeluaran Lada SarawakInovasi SaBBAr bantu murid kuasai membaca Bahasa Arab dengan mudah"Pada 2018 penghasilan prototaip mesin ini dimulakan dan disiapkan secara berperingkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu."Ia dibina dengan peruntukan universiti sebanyak RM100,000," katanya ketika ditemu bual pemberita, pada Rabu.Jidon berkata, dalam usaha memulihkan beberapa sungai tercemar di kawasan Kota Kinabalu inovasi tersebut disifatkan menyahut seruan Kerajaan Negeri Sabah.Menurutnya, jika sungai tersebut dipulihkan ia mampu memberi ruang kepada pelbagai aktiviti yang boleh menjana ekonomi masyarakat setempat selain meningkatkan keindahan dan kebersihan alam semula jadi."Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah yang menyokong projek ini turut menyumbang dana berjumlah RM30,000."Pada ketika ini, UMS dan kerajaan negeri masih berada dalam peringkat perbincangan untuk lokasi pemasangan dan perincian pembiayaan," ujarnya.