Kerjaya dalam bidang kulinari semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar di negara ini.
Masing-masing mula memasang impian mahu menjadi seperti Cef Wan, Cef Florence Tan, Cef Kamarul dan ramai lagi yang cukup pakar dan bekemahiran dalam bidang masakan.
Bagaimanapun, menjadi cef bukan mudah. Ia memerlukan pengetahuan tinggi supaya maju jaya dalam bidang tersebut.
Begitu juga dengan kemahiran sebagai tukang masak. Anda perlu ada skil dalam memastikan bidang pengurusan dapur terurus.
Di sini, Sinar Bestari kongsikan tiga kemahiran yang perlu ada pada seorang cef.
Diharapkan ia dapat membantu para pelajar untuk bersiap sedia sebelum menceburi kerjaya ini.
Ini kemahiran yang dimaksudkan:
1) Pendengaran yang jelas dan faham apa yang klien katakan
- Anda perlu dengar dengan teliti apa yang pelanggan minta dan faham apa yang mereka cuba sampaikan. Contohnya, klien meminta hidangan jenis A, jadi anda harus turuti apa yang klien minta dan jangan pula tokok tambah yang lain.
2) Lisan
- Seorang cef haruslah menggunakan pertuturan kata yang baik kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan yang tidak diketahui bagaimana personaliti setiap pelanggan tersebut.
3) Idea dan logik
- Anda seorang cef jadi sudah semestinya memiliki idea yang bernas dalam membuat sesuatu hidangan mengikut logik sendiri. Tidak perlu merujuk pada buku atau catatan yang sudah tersedia ada.
Seterusnya, kami turut kongsikan tiga personaliti yang perlu ada pada seorang tukang masak.
1) Integriti
- Teliti dalam melaksanakan tugas melalui kebimbangan untuk semua kawasan yang terlibat, tidak kira betapa kecil sekalipun. Maksudnya, apabila pelajar menjadi seorang tukang masak, anda seharusnya memastikan tempat bekerja sentiasa berada dalam keadaan bersih, cantik dan tidak ada satu kotoran walaupun kotoran kecil.
2) Inisiatif
3) Kewibawaan
Semoga berjaya di masa hadapan!
Artikel berkaitan
KPM umum Cuti Sekolah Penggal 1 Sesi 2022/2023 selama 9 hari
Kerjaya guru bukan mudah. Para pelajar perlu tahu 5 perkara ini sebelum ceburi dunia pendidikan
Ini 13 senarai IPTA/S yang tawar pengajian doktor pergigian