Berikut maklumat mengenai PT3 yang dimansuhkan bermula tahun ini

Iklan
Berikut maklumat mengenai PT3 yang dimansuhkan bermula tahun ini
Pengumuman yang mengejutkan. Itulah yang dirasai sebilangan besar rakyat Malaysia apabila Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), bermula tahun ini.Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, pada sidang media khas semalam, antara lain turut memberitahu, dengan pemansuhan peperiksaan itu, maka Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengandungi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) akan dimantapkan.Manakala, pendekatan baharu yang diperkenalkan adalah pentaksiran sumatif, iaitu penilaian murid mengikut tahun dan tingkatan. Ia membabitkan murid Tahun Empat, Lima dan Enam serta pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Tiga yang akan dilaksanakan bermula pada sesi akademik 2022/2023.Berbicara mengenai PT3, mungkin ada dalam kalangan kita terutamanya pelajar yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai peperiksaan berkenaan.Sebagai perkongsian bersama, Sinar Bestari sertakan info-info penting PT3 yang kini tinggal 'sejarahtarget="_blank"'>