6 pelajar terima 'laptop', janji akan cemerlang dalam pengajian

Iklan
Menerima komputer riba secara percuma sudah cukup menggembirakan hati sesiapa sahaja.Apatah lagi, jika yang mendapatnya adalah dalam kalangan mereka yang masih bergelar pelajar.Bagi pelajar Tahun Satu, Bacelor Perakaunan (Kepujian) Universiti Putra Malaysia (UPM), Salamullah Kamsol, dipilih sebagai salah seorang penerima komputer riba, semestinya membuatkan dirinya terharu dan sebak."Harga sebuah laptop di pasaran sangat mahal dan saya tak mampu membelinya."Tetapi, bila nama dipilih sebagai salah seorang penerima, sudah tentu saya dan ahli keluarga yang lain gembira dan sebak."Harapnya selepas ini saya dapat belajar dan menyiapkan tugasan dengan sempurna," katanya yang nekad akan belajar bersungguh-sungguh dan mencipta kecemerlangan dalam pengajian.Dia berkata demikian ketika ditemui pada Program Putra Cakna Alumni Care: Hearr2Heart di Pusat Perhubungan Alumni UPM, baru-baru ini.Selain Salamullah, turut menerima laptop tersebut adalah Thing Jing Xuan (Bacelor Sains Biokimia); Nurdinie Azlan (Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu); Meena A/P Shanmuganathan (Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian); Nur Arifah Arbanah Md Ramli (Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian) dan Noraisyah Izzati Abdul Rahman (Bacelor Doktor Perubatan Veterinar).Kesemua penerima ini adalah pelajar ambilan tahun pengajian 2021/2022.Penyerahan peranti kepada pelajar terpilih telah disempurnakan oleh Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan juga Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Profesor Madya Dr Arbatarget="_blank"'>