Janushaa, graduan wanita Malaysia pertama tamatkan pengajian ketenteraan di AS

Iklan
Janushaa graduan wanita Malaysia pertama tamatkan pengajian ketenteraan di AS

Bukan mudah bagi kaum wanita untuk diterima masuk menyambung pengajian ketenteraan di luar negara kerana mereka disifatkan sebagai kaum yang lemah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, jika menepati syarat pasti negara akan menghantar wakil ke sana.

Iklan

Baru-baru ini graduan wanita Malaysia, Janushaa Bala Krishnan Muthiah sudah menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang bertempat di Annapolis, Maryland.

Iklan

Janushaa merupakan bekas pelajar asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur bertolak ke AS pada 2018.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan ini mendapat inspirasi untuk menjadi seorang tentera daripada datuknya yang berjaya menerbangkan helikopter Nuri semasa pemberontakan berlaku pada 1980-an di utara Malaysia.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini terpilih setelah melepasi ujian-ujian yang ketat seperti saringan kecergasan, kecerdasan dan temu duga.

"Terdapat banyak lapisan temu duga yang perlu kami lalui untuk disenarai pendek.

"Salah satunya adalah pengesanan kecergasan calon (CFA). Ketika CFA kami perlu melalui ujian fizikal seperti tekan tubi, berenang dan berlari,” katanya.

Info

Malaysia mula menghantar pelajar ketenteraan ke akademi tentera prestij AS sejak 1971, namun Janushaa menjadi wanita pertama berjaya diterima masuk untuk menyambung pengajian di sana.

Artikel berkaitan

Membanggakan! 4 pelajar Malaysia diterima sambung pengajian ke Akademi Tentera AS 

"Mereka wira negara, bukan pengasuh anak kita!”- Guru bantah cadangan pesara tentera jadi warden 

Susah tidur, cuba cara yang digunakan tentera ini untuk terlelap dalam hanya 2 minit

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok