Berjaya peroleh 9 A dalam SPM 2021 walaupun sakit tulang belakang

Iklan
pelajar spm sakit belakang
Pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Jeli, Kelantan, Wan Muhammad Akram Zahid, 18, bedepan dengan cabaran menduduki peperiksaan SPM 2021 ketika menderita sakit tulang belakang.Namun, sakit tulang belakang yang dialami olehnya sejak berusia 16 tahun itu tidak menjadi alasan untuk mencatat kejayaan cemerlang dengan memperoleh 9 A.Menurut Wan Muhammad yang mengalami prolapsed intervertebral disc, dia sama sekali tidak menyangka mampu mencapai kejayaan itu memandangkan pernah berputus asa untuk meneruskan persekolahan kerana memikirkan terpaksa menyusahkan ibu bapanya, guru dan rakan."Saya pernah terfikir apa gunanya belajar bersungguh-sungguh sedangkan saya tidak bolehbekerja dengan baik disebabkan sakit ini."Namun, saya kuatkan semangat dan tidak akan sesekali mengalah kerana ingin membalas jasa kedua-dua ibu bapa yang sanggup berkorban untuk saya, katanya kepada Bernama di sekolah berkenaan, baru-baru ini.Anak bongsu daripada empat beradik dan berasal dari Kampung Laut, Tumpat, Kelantan itu berkata, masalah kesihatannya menyebabkan dia tidak boleh duduk di kerusi dan berdiri terlalu lama dalam tempoh 10 minit malah pernah belajar secara meniarap di asrama sekolah."Saya pernah tidak hadir ke sekolah selama dua bulan kerana masalah kesihatan ini danterpaksa mengikuti kelas tuisyen secara dalam talian supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.Wan Muhammad yang bercita-cita menjadi doktor pakar tulang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menyediakan kerusi khas untuk membolehkannya duduk dengan selesa dan lebih lama ketika proses pembelajaran di dalam kelas.Artikel berkaitanBangkit dari kegagalan, ini antara kata-kata semangat untuk pelajar SPM 2021Dunia sebenar menanti anda, inilah 8 ingatan mesra buat pelajar lepasan SPMHanya belanja RM2 sehari untuk makan, anak berjaya hadiahkan ijazah kepada bapa

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok