Pelajar boleh ikuti langkah ini untuk membuat semakan semula keputusan SPM

Iklan
slip SPM
Setelah hampir seminggu sejak pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 kita menyaksikan banyak tangisan kegembiraan oleh pelajar dan ibu bapayang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.Apa juga keputusan yang diterima, pelajar harus berbangga kerana ia merupakan hasil perjuangan dalam menimba ilmu selama lebih 11 tahun apatah lagi berdepan pelbagai cabaran meneruskan persekolahan dua tahun lalu dalam tempoh pandemik Covid-19.Di sebalik kegembiraan tersebut, terdapat juga pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima atas pelbagai faktor.Sebagai contoh, anda sentiasa mendapat gred A dalam subjek Bahasa Melayu untuk peperiksaan dan ujian di sekolah. Namun, apabila menerima keputusan SPM sebenar, anda tidak berjaya mendapat A walaupun sudah menjawab kertas tersebut dengan sehabis baik.Oleh itu, Sinar Bestari akan kongsikan dengan pelajar semua tentang cara untuk membuat semakan semula keputusan SPM.