Permohonan tutup 30 Jun, masih ada masa untuk pelajar mohon ke Tingkatan Enam
Permohonan tutup 30 Jun, masih ada masa untuk pelajar mohon ke Tingkatan Enam

Permohonan tutup 30 Jun, masih ada masa untuk pelajar mohon ke Tingkatan 6

Roshlawaty Md Raieh
24 Jun 2022 11:57am
A
A
A

Bagi pelajar yang berhasrat mahu menyambung pengajian ke Tingkatan Enam, anda berpeluang membuat permohonan kemasukan bermula sekarang ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2022 Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Selangor dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan tersebut.

Syarat-syaratnya adalah:

1) Warganegara Malaysia (tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 20 tahun)

2) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia

3) Kepujian atau sekurang-kurangnya Gred C mata pelajaran

- Bahasa Melayu

- Bahasa Arab dan Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan al-Quran dan Al-Sunnah/ Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Manahij Al’Ulum Al Islamiah/ Turath al-Quran dan Al-Sunnah/ Turath Dirasat Islamiah

4) Jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit untuk tiga mata pelajaran terbaik

Permohonan ini boleh dibuat melalui pautan: http://moe.bpsbp.edu.my/PERMOHONAN6SBP2022 dan tarikh tutup adalah pada 30 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-83217400 atau emel pengarah.bpsbp@moe.gov.my

Kepada pelajar yang berkenaan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Manalah tahu, ada rezeki adik-adik untuk menyambung pengajian di kedua buah sekolah berprestij berkenaan.

Semoga berjaya.

Artikel berkaitan 

Keputusan STAM 2021 diumumkan pada 30 Jun ini

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM 2021, ini 8 biasiswa yang anda boleh pohon

Teringin belajar di Jepun, ini antara biasiswa yang pelajar boleh cuba mohon


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok