Rangkul naib johan dan pendebat terbaik, USIM kongsi tip kejayaan mereka

Iklan
Rangkul naib johan dan pendebat terbaik, USIM kongsi tip kejayaan mereka

Selain dinobatkan sebagai naib johan pada pertandingan International Universities Arabic Debating Championship kali ke-6 di Universiti Ibn Haldun, Istanbul, Turki, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga berbangga apabila dua pelajarnya turut terpilih sebagai Pendebat Terbaik pada pentas yang sama, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Mereka yang bertuah itu adalah pelajar Tahun Empat, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Muhammad Suhail Tsaqif Mohamed Ishak dan pelajar Tahun Dua, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Afiq Arsyad Awang@Tarmizi yang berjaya menewaskan peserta dari Universiti Ibn Khaldun.

Iklan

Menurut Jurulatih, Ahmad Norsyafwan Norwavi, ini merupakan penyertaan universiti buat kali keempat dan sebanyak 90 pasukan debat dari 50 negara seluruh dunia telah menyertai pertandingan tersebut.

Iklan

Katanya, Malaysia diwakili tiga pasukan dari universiti tempatan iaitu USIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selaku jurulatih, Ahmad Norsyafwan menjelaskan bertanding dalam kategori bukan penutur asli cukup mencabar.

"Saya kagum dengan semangat peserta yang telah berusaha dan memberikan yang terbaik pada pertandingan ini.

"Walaupun sudah lama tiada pertandingan ekoran pandemik Covid-19, namun mereka telah memberi 100 peratus komitmen dan hasilnya, cukup membanggakan warga kampus dan juga rakyat Malaysia,” katanya.

Pasukan Debat USIM dibarisi empat pelajar dan dua daripadanya adalah Haafizah Mohd Rosli dan Maisarah Ahmad Azmi dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang.

Sementara itu, Muhammad Suhail yang juga ketua Pasukan Debat USIM berkongsi rasa gembiranya atas kejayaan yang diraih dalam pertandingan tersebut.

"Biarpun pelbagai cabaran ditempuhi oleh ahli pasukan dalam mengekalkan momentum tenang dan menghasilkan idea kritis lagi menarik dalam masa diberikan, namun akhirnya kita mampu juga membawa pulang kejayaan.

"Syabas dan tahniah buat semua. Semoga pasukan ini akan terus mencipta kejayaan pada masa akan datang,” ujarnya.

Artikel berkaitan 

Festival Muallim UPSI kukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat

UniKL penuhi impian untuk belajar di Korea Selatan

MSU memperkasa kemahiran mahasiswa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok