581 pelajar sekolah diberi pendedahan keusahawanan melalui STEM

Iklan
download-_11_
Seramai 581 pelajar sekolah sekitar daerah Muar, Johor diberi pendedahan keusahawanan melalui bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) ketika menyertai program FAST STEMpreneurship 2.0 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh, Muar, Johor pada 21 Jun lalu.STEMpreneurship merupakan satu program perniagaan berasaskan STEM yang melibatkan inovasi dalam bidang sains dan teknologi.Program anjuran pelajar kelas keusahawanan, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) itu memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tentang bagaimana bidang STEM boleh menjana pendapatan.Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Muar, Roslan Atan, meluahkan keterujaannya atas usaha pelajar UTHM dalam memberi pendedahan keusahawanan dalam bidang STEM kepada pelajar sekolah."Saya berharap program sebegini dibuat secara berkala bagi membantu pelajar sekolah lebih memahami bidang STEM," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.[caption id="attachment_41393" width="400"] Sekumpulan pelajar yang sedang memberi perhatian kepada penerangan yang diberikan.[/caption]Sementara itu, Dekan FAST, Profesor Madya Dr Mohamad Zaky Noh pula berkata, ini merupakan kali pertama program anjuran FAST menerima penyertaan paling ramai."Keterujaan pihak sekolah untuk melihat konsep keusahawanan yang ditonjolkan dalam bidang STEM menjadikan sambutan yang diterima faktor adalah sangat menggalakkan," jelas beliau.STEMpreneurship 2.0 merupakan program yang melibatkan kerjasama semua program pengajian di FAST.FAST berharap agar penganjuran program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mendekatkan UTHM dengan komuniti setempat dan seterusnya meningkatkan nama universiti.Artikel berkaitanGraduan UTHM berjaya siapkan tesis di pusat hemodialisis demi menjaga suami sakitProgram Kesukarelawan Pendidikan rai anak yatim, didik mahasiswa anjur program komunitiMurid SK Melayu Raya teruja sertai aktiviti STEM dalam Let’s Go to Mummie’s Lab

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok