Pelajar raih Mumtaz dalam STAM 2021, jadikan solat sunat duha sebagai amalan wajib

Iklan
pelajar-stam-mumtaz

Jadikan solat sunat duha sebagai amalan wajib sejak dulu lagi. Itulah antara resipi Tuan Amir Fauzan Tuan Soh, 19, apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 yang diumumkan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Di samping mengamalkan ibadah solat sunat, Tuan Amir yang merupakan pelajar Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu, Kelantan itu memperuntukkan lebih tiga jam dalam sehari untuk mengulang kaji pelajaran.

Iklan

Menurutnya, dia berhasrat untuk melanjutkan pengajian pada peringkat seterusnya dalam bidang bahasa Arab di Madinah.

Iklan

"Saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan ini dan berharap agar impian saya selepas ini tercapai,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Selain itu, turut mendapat keputusan cemerlang adalah Muhammad Fathun 'Alim Ahmad Zawawi, 19, yang berkata, solat hajat dan doa setiap malam sebelum tidur menjadi amalan yang tidak pernah dilupakan.

Tambahnya, kejayaan cemerlang ini adalah hadiah buat kedua ibu bapa dan guru-gurunya yang telah banyak berkorban.

"Impian saya setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STAM ini ialah untuk mendapatkan biasiswa pengajian di peringkat ijazah sarjana muda bagi meringankan beban ibu bapa.

"Saya berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Engku Rajhan Engku Ismail menjelaskan terdapat seramai 1,028 calon yang mendaftar di 24 pusat bagi menduduki peperiksaan berkenaan tahun lalu dan hanya 31 calon yang mendapat Mumtaz.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 106 calon atau 10.31 peratus memperoleh keputusan Jayyid Jiddan; 263 calon (25.58 peratus) memperoleh Jayyid; 63 calon (6.13 peratus) memperoleh Maqbul; dan 565 calon (54.96 peratus) memperoleh Rasib.

Artikel berkaitan

9 bulan 22 hari Dany Al-Fathoni hafal 30 juzuk al-Quran, hebat didikan mak ayah pelajar MRSM ini

Mahu lanjutkan pengajian dalam aliran agama, ini senarai SMKA yang jadi pilihan ramai

Menjaga adab dengan al-Quran, guru dan pelajar boleh jadikan tip ini sebagai rujukan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok