SK Larkin 2 bawa 102 orang timba ilmu sejarah menerusi filem epik Melayu, Mat Kilau

Iklan
SK Larkin 2 bawa 102 orang timba ilmu sejarah menerusi filem epik Melayu, Mat Kilau
Seramai 102 orang yang terdiri daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Larkin 2, Johor; guru, ibu bapa, ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan alumni sekolah telah berpeluang menyaksikan tayangan filem epik Melayu ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ di TGV Bukit Indah, Johor, 6 Julai lalu.Aktiviti menonton filem box office itu merupakan sebahagian daripada Program Saksi Sejarah Mat Kilau yang dianjurkan Kelab Bilik Guru (KEBIRUS) dan Panitia Sejarah SK Larkin 2.Program tersebut merupakan satu program pendedahan kepada kelestarian pendidikan khususnya pendidikan luar bilik darjah.Ia juga antara program yang mempunyai kesinambungan pendidikan Sejarah di dalam kelas khususnya bagi subjek tersebut.Program yang mendapat sokongan daripada Iskandar Malaysia Social Hero Awards (IMSHA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kelab Alumni SK Larkin 2 dan PIBG sekolah terbabit antara lain turut menganjurkan beberapa aktiviti seperti kuiz, memperagakan busana klasik, cabutan bertuah dan sebagainya.Dalam masa yang sama, peserta program juga berpeluang menimba ilmu berkaitan gabungan pembelajaran digital yang terdiri beberapa elemen iaitu QR Code, Mentimeter, Kahoot, Flipbook dan Skype in the Classroom.Artikel berkaitan Ramai ibu bapa daftar anak belajar silat gara-gara Mat KilauFenomena filem Mat Kilau bangkitkan semangat murid SK Tangkungon kembali aktif bersilatPesilat perlu berani, kuasai kemahiran menerusi latihan berterusan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok