Inilah anak-anak Malaysia yang genius! Hadiahkan 6 anugerah untuk negara. Luar biasa

Iklan
294702832_415598210595293_7502987751203939753_n

Anak-anak Malaysia sememangnya terdiri daripada golongan yang bijak pandai dalam pelbagai bidang.

Iklan
Iklan

Misalnya dalam dunia pendidikan, telah lahir ramai pelajar yang cukup genius dan cemerlang akademik dan juga bidang kokurikulum.

Iklan

Yang terbaharu, pasukan negara yang dianggotai enam pelajar baru sahaja merangkul enam anugerah dalam pertandingan berprestij 63rd International Mathemathical Olympiad (IMO) 2022 di Oslo, Norway.

Iklan

Enam pelajar hebat yang dimaksudkan itu terdiri daripada Tan Min Heng dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling, Pulau Pinang; Leia Mayssa Masyerin (Pusat GENIUS@Pintar Negara); Goh Wei Jie (Sekolah Menengah Hin Hua, Klang, Selangor); Loh Kwong Weng (SMK (L) Methodist Kuala Lumpur); Wong Jer Ren (SMJK Chung Ling, Butterworth) dan Chaang Tze Shen Tristan (Kolej Sunway).

Kesemuanya telah memenangi dan membawa pulang satu pingat emas, satu pingat perak, satu pingat gangsa dan tiga ‘Honourable Mention’.

Kejayaan pasukan Malaysia dalam IMO 2022 ini pastinya mendapat reaksi cukup positif dalam kalangan rakyat negara ini.

Masing-masing melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Sinar Bestari memetik beberapa ucapan warga maya menerusi laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan ini kata mereka.

Ravi K Kandasamy: Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya.

Ku Azah Ku Mohamad: Tahniah anak-anak Malaysia atas kejayaaan mengharumkan nama negara di persada dunia.

Cj Feng: Tahniah.

Karteni Osman: Congratulations. Syabas anak-anak Malaysia.

Jesie Yap: Syabas!

Yuzaimah Yusoff: Tahniah team Malaysia.

Mazniza Mat Isa: Alhamdulillah. Tahniah, anak-anak genius ni!

Idanisa Jun: Congrat, memang genius.

IMO yang berlangsung pada 9 hingga 16 Julai lalu merupakan pertandingan matematik antarabangsa terbesar dunia.

Ia berjaya mengumpulkan seramai 589 peserta dari 104 buah negara pada tahun ini.

Berdasarkan pencapaian dalam IMO pada tahun 2022, Malaysia kini berada di kedudukan ke-44 dalam kalangan 104 negara yang bertanding.

Pertandingan tersebut memberi peluang kepada peserta atau pelajar untuk bersaing dalam bidang matematik di peringkat antarabangsa dan penyertaan kali ini adalah kali ke-28.

INFO

Anugerah yang dimenangi pasukan Malaysia pada IMO 2022

1) Wong Jer Ren - Pingat emas

2) Loh Kwong Weng - Pingat perak

3) Chaang Tze Shen Tristan - Pingat gangsa

4) Goh Wei Jie - Honourable Mention

5) Tan Min Heng - Honourable Mention

6) Leia Mayssa Masyerin - Honourable Mention

Artikel berkaitan 

Hadiri konvokesyen berbaju Melayu, graduan Harvard bangga jadi anak Malaysia

Pejuang kanser, Junita akhirnya berjaya genggam PhD

Bangga dengan tradisi Sarawak, Dr Kaleena hadiri konvokesyen berpakaian tradisional Orang Ulu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok