Program pemindahan ilmu ‘Biochar Untuk Kelestarian Pertanian’ dianjurkan Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) bertujuan memperkenalkan pendekatan pertanian secara organik menggunakan formulasi biochar dan bakteria baik.
Ketua penyelidiknya, Dr Rosazlin Abdullah berkata, projek ini adalah hasil daripada geran penyelidikan yang di salurkan oleh UM dalam memastikan hasil penyelidikan dikongsi bersama komuniti dan seterusnya dapat di komersialkan oleh industri.
Katanya, penyelidik UM telah memindahkan ilmu tersebut kepada pengusaha tanaman organik baru-baru ini di Merryganic Farm, Cameron Highlands, Pahang dan ia mendapat maklum balas yang sangat positif daripada mereka.
Ujar Rosazlin, biochar adalah teknologi pertanian terkini yang dihasilkan melalui pembakaran sisa-sisa pertanian secara tertutup (atau lebih dikenali sebagai proses pirolisis).
"Ia mempunyai lima fungsi dalam pertanian iaitu pelembap tanah, penyimpan nutrien, pemegang baja, penyerap elemen dan perumah mikrob.
"Biochar boleh meningkatkan kesuburan tanah berasid, meningkatkan penghasilan tanaman dan mampu melindungi masalah penyakit tanah,” katanya.
INFO
1)Tanaman secara organik adalah tanaman yang tidak menggunakan baja kimia. Oleh itu, penggunaan bahan organik adalah bahan utama sebagai pembekal nutrien kepada tanaman.
2)Bahan organik yang makin mendapat perhatian masa kini adalah biochar. Biochar mempunyai liang-liang porositi yang dapat menjadikan bahan perumah kepada mikrob.
3)Barisan penyelidik UM telah memperkenalkan inovasi ini kepada pengusaha tanaman organik supaya mereka mendapat hasil sayuran yang berkualiti.
4)Inovasi biochar sebagai perumah mikrob untuk pertanian yang mampan, diketengahkan kepada komuniti petani organik di Cameron Highlands.
Artikel berkaitan
Pasangan kembar seiras teruja masuk UM bersama
Pelajar dan alumni UniSZA pasarkan Melon Manis Terengganu di MAHA 2022
Penyelidik UMP berjaya hasilkan sisa nanas alternatif medium penanaman cendawan