Kepakaran Muhammad Firdaus ditagih pasukan Moto 3 Sepanyol

Iklan
Untitled design

Dari Subang ke Sepanyol. Itulah gambaran yang boleh diberikan kepada lepasan GiatMARA Subang, Muhammad Firdaus Mokhadzir apabila kepakarannya dalam mengendalikan bahagian-bahagian motorsikal ditagih pasukan permotoran Moto 3 Sepanyol.

Iklan
Iklan

Kini menggalas tanggungjawab sebagai Mekanik 2 dalam pasukan tersebut, pencapaian anak muda ini cukup membanggakan.

Iklan

Majlis Amanah Rakyat menerusi hantarannya di media sosial Facebook berkata, Muhammad Firdaus yang juga lepasan Kursus Teknologi Motosikal, tahun 2016 itu berperanan memastikan jentera berada pada tahap terbaik serta bersedia untuk perlumbaan litar.

Iklan

"Kami amat berbangga dengan kepakaran dan kemahiran (Muhammad) Firdaus dalam pasukan permotoran Sepanyol.

"Tugasnya pula adalah untuk memastikan prestasi permotoran pasukan itu tampil handal atas trek perlumbaan,” menurut kenyataan itu.

Menyingkap perjalanan awal Muhammad Firdaus sebelum ke Eropah, anak muda ini pada mulanya hanya membuka bengkel motosikal di depan rumah selepas yakin dengan kemahiran dan ilmu yang diperolehinya ketika belajar di GiatMARA.

Pembukaan bengkelnya mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat selepas percaya Muhammad Firdaus mampu memberikan perkhidmatan terbaik.

Bakat dan kesungguhan anak muda itu seterusnya disedari tenaga pengajar GiatMARA iaitu Ahmadun Ahad Ismail yang kemudian mencadangkan supaya Muhammad Firdaus bekerja di sebuah bengkel motosikal khusus menghasilkan jentera perlumbaan.

"Pengalaman bekerja di bengkel itu menjadi nilai tambah dalam mengembangkan kemahiran dan disiplin ilmu yang dipelajari.

"Titik tolak daripada situlah kerjaya beliau mula menyerlah dan mendapat tawaran daripada pasukan lumba motorsikal Moto 3 di Sepanyol pada Mac 2019.

"Anak MARA yang tampil handal di bumi Eropah bertekad tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan akan terus mengorak langkah demi mengejar minat dalam dunia permotoran,” menurut kenyataan itu lagi.

Kami di Sinar Bestari ingin mengucapkan tahniah kepada Muhammad Firdaus kerana bukan sahaja berjaya mengharumkan nama GiatMARA tetapi turut melakarkan nama Malaysia di pentas dunia.

Artikel berkaitan

Kemahiran digital SK Dato’ Wan Kemara raih pengiktirafan antarabangsa

Azizah: 90 peratus siswazah TVET MARA, bekerja dalam tempoh 6 bulan

Cipta banyak kejayaan sepanjang 9 tahun bergelar guru, Cikgu Rahim buat warga sekolah bangga!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok