Mat Kilau, pahlawan muda yang cukup berani

Iklan
kilau news
Menentang penjajah British di PahangMat Kilau, sebaris nama yang cukup sinonim kerana keberaniannya menentang penjajah British di Pahang.Beliau yang nama penuhnya, Mat Kilau Bin Imam Rasu, dilahirkan di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang adalah anak kepada pahlawan disegani iaitu Tok Gajah atau nama sebenarnya Imam Rasu Baharom.Kisah hidupnya banyak merakam perjuangan beliau bersama Tok Gajah dan Datuk Bahaman menentang British secara terbuka kerana membantah campur tangan dalam pentadbiran negeri dan adat istiadat orang Melayu.[caption id="attachment_44850" width="400"] Berita mengenai Mat kilau yang masih hidup dalam laporan akhbar ketika itu.[/caption]Dikenali sebagai pemimpin pintar, Mat Kilau dan pengikutnya memulakan gerakan penentangan dengan memotong talian telegraf sebagai strategi melumpuhkan sistem perhubungan pentadbiran British di Pahang dengan ibu pejabat di Selangor.Tindakan itu berjaya menyekat berita dan melengahkan penghantaran bantuan dari luar masuk ke Pahang.Ketokohannya juga terbukti apabila berjaya mengumpulkan pengikut di Budu untuk melancarkan serangan ke atas Kuala Lipis yang menjadi ibu pejabat pentadbiran British di Pahang.Mat Kilau sentiasa menjadi ancaman kepada British sehingga namanya kerap disebut menerusi laporan oleh pegawai tinggi British ketika operasi memburu penentang.Berikutan tindakan Mat Kilau yang aktif melancarkan penentangan bersama pengikutnya, British mengambil tindakan memburu mereka terutama selepas berlaku serang hendap ke atas kubu British di Raub dan Tembeling. Oleh kerana operasi memburu dilakukan secara besar-besaran, maka Mat Kilau dan pengikutnya terpaksa bersembunyi di Kelantan, Terengganu dan Siam.Tawaran sebanyak $1,000 (ketika itu) turut digunakan kepada sesiapa yang menangkap Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman.[caption id="attachment_44852" width="400"] Berita mengenai Mat kilau yang dimuatkan dalam beberapa akhbar ketika itu.[/caption]Kemunculan Mat KilauGerakan memburu secara agresif akhirnya dikatakan berjaya menangkap Mat Kilau di Siam pada tahun1895 selepas kerajaan negara itu membuat pakatan dengan British.Selepas dikatakan ditangkap, terdapat kisah menarik berlaku ketika berita kematian Mat Kilau disebarkan iaitu jenazahnya digantikan dengan pokok pisang, dipercayai untuk mengaburi British.Bagaimanapun, pada 26 Disember 1969, seorang lelaki menggemparkan negara apabila mengisytiharkan diri sebagai Mat Kilau selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pulau Tawar sekali gus menimbulkan persoalan termasuk keluarga yang mengenalinya sebagai Muhammad Ibrahim atau Mat Siam.Bagi mengesahkan dakwaan lelaki itu, kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Menyiasat Munculnya Mat Kilau pada 8 Januari 1970 dengan melakukan temu bual dengan keluarga dan kenalan terdekat.Jawatankuasa akhirnya memperakui dakwaan lelaki itu selepas mengenal pasti tanda badan yang ada pada lelaki itu sama seperti Mat Kilau.Perisytiharaan Mat Siam sebagai Mat Kilau kemudiannya dilakukan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahaya Mohd Seth pada 6 Ogos 1970.Sepuluh hari kemudiannya, kesihatan Mat Kilau semakin merosot seterusya meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang, Kuantan, pada jam 6.45 pagi di usia lebih 100 tahun.Artikel berkaitanPelajar Tingkatan 6 dapat tiket percuma tonton Mat Kilau, dididik hargai jasa pahlawanSelain Mat Kilau, 5 lagi Pahlawan Tanah Melayu yang perlu generasi muda kenaliRamai ibu bapa daftar anak belajar silat gara-gara Mat Kilau

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok