Pensyarah UTHM bantu guru sekolah kenal pasti kualiti air sungai

Iklan
Proses-persampelan-air-di-hulu-Sungai-Buluh-Pasir-Gudang-1250x596

Di Malaysia, kita amat bertuah kerana dikurniakan dengan pelbagai sumber air sungai untuk kegunaan kehidupan seharian sama ada dari segi sosial mahupun ekonomi.

Iklan
Iklan

Pergantungan masyarakat terhadap sungai untuk kelangsungan hidup amatlah penting namun saban hari kita dapat lihat kebanyakan sungai telah dicemari disebabkan segelintir pihak ataupun individu yang tidak bertanggungjawab.

Iklan

Sehubungan itu, sebagai usaha mendidik masyarakat terutamanya golongan muda tentang kepentingan menjaga sumber air sungai, baru-baru ini, seramai 36 guru dari 22 buah sekolah menengah sekitar daerah Pasir Gudang telah menyertai program penentuan kualiti air sungai anjuran Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bertempat di laman rekreasi Sungai Buluh, Pasir Gudang, Johor.

Iklan

Penganjuran kali kedua program Universiti untuk Masyarakat (U4S) yang dibimbing oleh Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), Dr Nor Amani Filzah Mohd Kamil ini bertujuan memindahkan ilmu kepakaran kepada generasi akan datang di samping menentukan kualiti air sungai yang terpilih.

Menurutnya, program ‘training of trainer’ seperti ini dapat meningkatkan keyakinan para guru dalam menjalankan sendiri program pemindahan ilmu kepada pelajar.

"Melalui program ini, bukan sahaja ilmu dapat dipindahkan kepada para pelajar, malah ia dapat menanam sifat prihatin bagi menjaga kebersihan sungai pada tahap yang lebih tinggi.

"Diharapkan agar ilmu penentuan kualiti air sungai melalui penunjuk bio dan kimia akan terus kekal hingga ke generasi yang seterusnya,” katanya.

[caption id="attachment_45943" width="600"] Proses persampelan air di hulu Sungai Buluh, Pasir Gudang.[/caption]

Sebelum itu, program ini telah diadakan pada 26 Mac lalu di hulu Sungai Selangkah yang merupakan anak Sungai Kim Kim.

Kedua-dua lokasi yang terletak di Pasir Gudang ini merupakan hulu sungai tetapi berbeza dari segi pembangunan di lokasi persampelan.

Hulu Sungai Selangkah terletak di dalam kawasan perindustrian manakala hulu Sungai Buluh pula merupakan kawasan rekreasi yang akan memberi keputusan kualiti air yang berbeza.

Pemilihan kedua-dua lokasi juga adalah untuk menarik semula minat penduduk Pasir Gudang berkunjung semula ke laman rekreasi tersebut yang sebelum ini semakin suram.

Kedua-dua program ini dilaksanakan dengan memilih lokasi hulu sungai untuk keselamatan peserta yang mana sungainya agak cetek bagi memudahkan proses persampelan.

Artikel berkaitan

Penyelidik UPM bangunkan teknologi minyak masak terpakai untuk kegunaan antena

Etika anjur pertandingan galakkan aktiviti kitar semula

UMT tubuh Diving School dalam kampus, sedia pelbagai perkhidmatan berkaitan selam skuba


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok