Tahniah SK Kempadang! Berjaya tersenarai 3 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

Iklan
286669448_3107296879585317_9029081353556635612_n

Kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang, Kuantan, Pahang dalam mencipta penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid telah membuahkan hasil apabila tersenarai dalam kelompok tiga teratas untuk Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori inovasi.

Iklan
Iklan

Hasil penciptaan inovasi SMARTZOOM ini dilihat sebagai penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi sekolah itu dalam meneruskan pengajaran dan mengesan kemajuan murid semasa tempoh pandemik.

Iklan

SMARTZOOM menggunakan input data daripada Google Sheets dan Google Chrome kerana semua guru di Malaysia mempunyai akaun Google khusus yang dihubungkan dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

Iklan

Menurut Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari, kecemerlangan sekolah yang tersenarai dalam program Sekolah Amanah Malaysia itu menjadi inspirasi kepada para pendidik seluruh dunia.

[caption id="attachment_46452" width="600"] SK Kempadang akan bersaing dengan 2 buah sekolah di luar negara iaitu Escuela Emilia Lascar, Chile dan N High School, Jepun.[/caption]

Katanya, ia adalah bukti berterusan sekolah awam di negara ini juga mampu menjadi antara yang terbaik di dunia.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan T4 Education dalam menyokong penganjuran anugerah ini yang mengiktiraf dan menggalakkan transformasi ‘bawah-ke-atas’ dan mewujudkan komuniti global yang belajar daripada satu sama lain serta mencipta gelombang impak positif terhadap murid di seluruh dunia,” katanya menerusi satu kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengasas T4 Education, Vikas Pota berkata, Anugerah Sekolah Terbaik Dunia menampilkan kepakaran sekolah-sekolah yang memberi inspirasi dari seluruh pelosok dunia.

Jelasnya lagi, sudah tiba masanya kerajaan di seluruh dunia mendengar suara mereka.

"Ketika dunia sedang pulih daripada kemusnahan akibat pandemik Covid-19, ramai kanak-kanak terus tercicir, melainkan sekiranya kita mengambil tindakan segera.

"Para pemimpin perlu belajar daripada pengetahuan dan pengalaman yang ada di sekolah-sekolah ini kerana mereka sebagai barisan hadapan dalam bidang pendidikan lebih mengetahui tentang perubahan yang kita perlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan SK Kempadang itu.

"Syabas dan tahniah buat seluruh warga SK Kempadang atas kejayaan tercalon sebagai finalis tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori Inovasi.

Semoga kejayaan sekolah ini memberi lebih inspirasi dan tekad kepada semua sekolah, guru serta murid untuk menghasilkan inovasi baharu seiring dengan kemajuan dunia pendigitalan dalam pendidikan,” ujar beliau.

Artikel berkaitan

Malaysia Teacher Prize umum 10 finalis, berpeluang memenangi RM50,000

Milik siapakah trofi kristal ini? Nantikan pengumumannya 5 Oktober depan

Murid Tahun 5 bawa pulang 8 anugerah! Keputusan yang mengejutkan ramai


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok