KOSASS UPM tuai hasil Projek Gempur Tani

Iklan
UPM-TANI1

Berbudi kepada tanah. Itu yang dapat digambarkan mengenai kesungguhan warga Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM) menjalankan Projek Gempur Tani yang ternyata membuahkan kejayaan.

Iklan
Iklan

Terbaru, warga KOSASS berjaya menuai hasil penanaman kacang tanah yang diusahakan mereka di sekitar kawasan kolej berkenaan, baru-baru ini.

Iklan

Tanaman kacang tanah itu adalah sebahagian daripada Projek Gempur Tani membabitkan penanaman jagung, kangkung, sawi, kacang panjang renek, serai, ubi kayu, cili, terung, salad, kubis, bendi, buah naga, bayam brazil, bayam hijau dan bayam merah, sebelum ini.

Iklan

Menurut Pengetua Kolej KOSASS UPM, Profesor Madya Dr Mohd Mursyid Arshad, usaha itu adalah sejajar dengan matlamat universiti dalam memperkasakan UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Pertanian.

"Melalui program ini saya berharap dapat melahirkan peserta yang mempunyai ilmu asas pertanian dan kumpulan usahawan tani berilmu serta boleh memberi manfaat kepada negara pada masa akan datang,” ujarnya seperti dipetik laman sesawang universiti itu.

[caption id="attachment_46527" width="600"] Mohd Mursyid ketika aktiviti menuai tanaman kacang tanah bersama kolegiat di KOSASS, baru-baru ini. Foto/UPM.[/caption]

Seramai 93 kolegiat KOSASS UPM terbabit dalam Program Gempur Tani berkenaan.

Selain itu, Mohd Mursyid berkata, selain penanaman ladang di sekitar kolej, projek itu turut membabitkan pertanian konsep akuaponik.

Ujarnya lagi, hasil jualan bagi tanaman yang dituai akan dijadikan sebagai sumber dana kepada KOSASS.

"Bagi projek akan datang, kami akan menumpukan kepada penanaman jagung dan serai dengan hasil jualan akan menjadi sumber dana kepada KOSASS,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Ketua program Projek Gempur Tani KOSASS, Ong Khai Heo berkata, program seperti itu akan dapat membantu mewujudkan kumpulan kerja terlatih dan mahir dalam pertanian.

"Inisiatif yang diambil bagi mengadakan aktiviti-aktiviti pertanian di kolej memberikan impak yang sangat memberangsangkan kepada kolegiat,” katanya.

Artikel berkaitan

UPM bantu Sekolah Bajau Laut Omadal bangunkan Kebun Atas Air

Penyelidik UPM bangunkan teknologi minyak masak terpakai untuk kegunaan antena

27 pelajar UPM gabung idea dan tenaga teruskan program My Hope


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok