4 pelajar UTHM terpilih sertai Misi Sukarelawan Siswa YSS

Iklan
4 pelajar UTHM terpilih sertai Misi Sukarelawan Siswa YSS

Ramai mahasiswa melahirkan hasrat mahu mengikuti Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke Tuaran, Kudat dan Beluran, Sabah 2022, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ciri-ciri khas yang diperlukan oleh penganjur menyukarkan kelompok mahasiswa ini membabitkan diri dalam Misi Sukarelawan Siswa YSS tersebut.

Iklan

Namun begitu, empat mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah terpilih menyertai misi tersebut dan pastinya ia membuatkan mereka terkejut dan sangat gembira.

Iklan

Ini kerana, mereka sendiri tidak menyangka akan menjadi pilihan pihak YSS dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Empat pelajar tersebut iaitu Nurul Azreen Izzatie Roslan, Mohamad Amirul Hakim Hairizan dan Muhammad Zikry Irfan Ruzaidi merupakan pelajar dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, manakala Nur Ain Abu Bakar pula pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina.

Menurut Ketua Jabatan Nilai dan Kesukarelawanan Pelajar, Pusat Pembangunan Pelajar (PBP), UTHM, Ts Dr Khalid Isa, pemilihan keempat-empat pelajar ini telah dibuat pihak YSS dan KPT melalui proses temu duga yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah/Pengarah YSS yang dilaksanakan 5 Jun lalu di KPT.

Katanya, calon yang dipilih adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mempunyai semangat sukarelawan tinggi serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

"Empat peserta yang terpilih adalah yang telah berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan,” ujarnya.

Sebelum itu, Misi Sukarelawan Siswa YSS telah dilaksanakan di enam kampung di Sabah.

Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Perpaduan (Pulau Banggi) dan Kampung Indarason Laut (Matunggong) Kudat; Kampung Penimbawan dan Kampung Berungis Tuaran serta Kampung Kabuluh (Paitan) dan Kampung Tanjung Nipis (Paitan) Beluran.

"Misi sukarelawan ini bermatlamat untuk melahirkan pemimpin sukarelawan siswa di pentas global.

"Misi berkenaan dilaksanakan menerusi konsep ‘immersion’ di mana sukarelawan siswa akan tinggal bersama komuniti tempatan dan melaksanakan kerja sukarelawan mengikut bidang pengajian masing-masing berteraskan 'right volunteers for the right job',” jelas Dr Khalid.

Artikel berkaitan 

50 sukarelawan KILAU UMP tanam 400 pokok di Tasik Chini

Sukarelawan MSU tunai tanggungjawab, hulur 200 kotak bantuan untuk B40

Heliza dan Hazwani aktif sertai misi kemanusiaan, berdepan pelbagai cabaran sebagai aktivis dan sukarelawan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok