1) Cari tempat yang tenang dan tidak bising
Suasana persekitaran mempengaruhi hafalan kita. Tempat yang riuh rendah dan bising pasti mengganggu tumpuan.
2) Baca dengan kuat dan berulang-ulang
Bacaan itu paling kurang mesti telinga kita mendengarnya.
3) Hafal separuh-separuh dahulu
Jangan hafal terus kesemuanya. Agak sukar dan lambat untuk kita ingat dan mudah bercelaru nanti. Contohnya sifir 4. Hafal dulu 1x4 = 4 hingga 5x4 = 20 bagi betul-betul ingat sebelum sambung pula 6x4 hingga 9x4.
4) Baca dan hafal dalam hati
Setelah baca dengan kuat berulang kali, seterusnya baca dalam hati berulang-ulang kali. Ulang dan ulang. Kalau boleh pejam mata lagi bagus. Khusyuk gitew.
5) Pejam mata atau tutup buku dan cuba baca
Contohnya sifir 4 tadi. Jika dah yakin dihafal dengan baik, cuba pejam mata dan baca tanpa lihat sifir sekurang-kurangnya tiga kali. Jika sangkut, boleh tengok dan ulang-ulang baca sifir yang sangkut itu.
Contohnya sangkut kat sifir 6x4. Maka hanya sifir 6x4 sahaja perlu diulang-ulang sampai ingat sebelum tutup mata/tutup buku dan cuba baca semula dari awal.
6) Tulis sifir besar-besar dan tampal pada tempat yang senang kita lihat
Bawah alas meja bacaan atau tampal saja pada dinding atau peti sejuk. Setiap kali sebelum buka peti sejuk, minta murid lihat sifir dan baca berulang-ulang kali. Benda yang selalu dibaca dan diulang-ulang, akan cepat ingat. Tak perlu letak semua sifir sekali gus pada peti ais/ dinding atau bawah alas meja. Cukup satu atau dua sifir sahaja dulu. Sebaik dah benar-benar kuasai dan hafal baru tukar nota sifir seterusnya pula.
7) Terus buat latihan sebaik mula ingat sifir
Contohnya dah hafal sifir 4, terus buat latih tubi soalan sifir 4 sahaja. Perbanyakkan soalan latih tubi ini. Hafalan yang terus disertai dengan latihan ingatannya akan berkekalan, InsyaAllah.
8. Cari pasangan/kawan untuk sama-sama hafal
Bila hafal secara berpasangan atau berkumpulan, semangat dan motivasi untuk menghafal itu lebih tinggi.
9. Buat jadual semak hafalan sifir
Jadual semak hafalan sifir sangat bagus untuk memantau hafalan anak-anak/murid-murid. Setiap sifir mesti ada due date. Satu minggu mesti selesai satu sifir. Jika mereka berjaya, tanda tangan. Jika mereka dapat hafal dan ingat awal dari dijadualkan, berilah ganjaran. Baru mereka seronok dan bertambah minat untuk belajar Matematik.
10. Sediakan rotan
Fuh, tip ke 10 ini bakal jadi kontroversi ni. Hihi. Tip ni tip kuno, tapi masih sangat berkesan sampai hari ini. Letak rotan kat sebelah, tunggu dia baca dan hafal. InsyaAllah, setengah jam saja mereka pasti ingat. Walau baca dan hafal dalam linangan air mata, ilmu yang mereka dapat itu bermanfaat dan diguna selama masa.
Yang ini adalah optional tau. Jangan kata aku suruh buat. Ke balai aku nanti. Kau nak cuba, itu keputusan kau. Aku cuma cakap, tip kuno ini masih berkesan sebab aku dah guna kat anak aku. Haha.
Sumber: Mohd Fadhli Salleh
Artikel berkaitan
Program We Love We Care, tanda prihatin SMK Mukah kepada pelajar
Sukan ragbi serlah bakat murid-murid SK Bandar Tun Hussein Onn (2)
Aktiviti kokurikulum bangkitkan semangat patriotik
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok