Pernah dicuri 2 kali, ini fakta menarik tentang trofi Piala Dunia

Iklan
Jules Rimet
Di Malaysia, sukan bola sepak merupakan antara sukan utama yang sering dimainkan oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT).Pendedahan awal serta latihan yang diberikan kepada pelajar sejak di bangku sekolah kini telah melahirkan ramai pemain bola sepak negara yang berbakat serta mampu bersaing dengan pemain-pemain luar negara.Justeru, tidak hairanlah sekiranya Piala Dunia akan yang diadakan setiap empat tahun sekali akan menjadi tumpuan utama di negara kita dengan lebih 13 juta jumlah penyokong.Juara Piala Dunia merupakan salah satu pencapaian tertinggi yang menjadi rebutan semua pasukan bola sepak dari seluruh dunia.Dengan lebih 32 pasukan yang menyertai Piala Dunia 2022, setiap pasukan akan mempamerkan kehebatan masing-masing untuk bergelar juara dan seterusnya menjulang trofi Piala Dunia 2022.Sehubungan itu, Sinar Bestari tertarik untuk berkongsi dengan anda semua mengenai lapan fakta menarik tentang trofi Piala Dunia.1. Trofi pertama Piala Dunia[caption id="attachment_48885" width="600"] Reka bentuk trofi Piala Dunia pertama ini diinspirasikan daripada Dewi Kemenangan Yunani Purba, Nike. Kredit foto: Twitter FIFA Museum,[/caption]Sejak pertama kali acara sukan berprestij ini diperkenalkan pada 1930, nama trofi Piala Dunia adalah ‘Victory’ yang bermaksud kemenangan dan kemudiannya dikenali sebagai ‘The World Cup’ atau ‘Coupe du Monde’ pada 1946.Trofi Piala Dunia pertama direka oleh pengukir Perancis, Abel Lafleur. Reka bentuknya terdiri daripada sebuah kapal bulat berbentuk dekagon yang disokong oleh tubuh wanita bersayap iaitu Dewi Kemenangan Yunani Purba, Nike. Trofi ini menjadi milik Uruguay setelah dinobatkan juara Piala Dunia pertama.2. Nama trofi Piala Dunia ditukar[caption id="attachment_48888" width="600"] Jules Rimet berkhidmat sebagai Presiden FIFA pada tahun 1921 sehingga 1954. Kredit foto: FIFA[/caption]Pada 1946, trofi Piala Dunia bertukar nama daripada ‘The World Cup’ kepada ‘The Jules Rimet Trophy’. Jules Rimet adalah Presiden FIFA yang berkhidmat dari 1921 hingga 1954 yang bertanggungjawab memperkenalkan kejohanan Piala Dunia 1930.3. Disembunyikan di dalam kotak kasutApabila tercetus Perang Dunia Kedua, trofi Piala Dunia yang dipegang oleh juara Piala Dunia 1938, Itali, terpaksa disembunyikan. Wakil Presiden FIFA yang juga berasal dari Itali, Ottorino Barassi, mengambil tindakan untuk menyembunyikan trofi tersebut di dalam sebuah kotak kasut yang disimpan di bawah tilam bagi mengelakkan ia dirampas oleh pihak Nazi.4. Dicuri sebanyak 2 kali[caption id="attachment_48868" width="599"] ‘The Jules Rimet Trophy’. Kredit foto: FIFA Museum[/caption]Berbaki empat bulan sebelum bermulanya Piala Dunia 1966 di England, trofi Piala Dunia telah dicuri daripada pameran di Westminster Central Hall. Pencuri trofi tersebut telah meminta wang tebusan sebanyak £15,000 untuk trofi ini.Namun, akhirnya trofi tersebut ditemui oleh seekor anjing bernama Pickles yang sedang berjalan bersama pemiliknya, Dave Corbett. Setelah mengembalikannya, Dave Corbett diberi ganjaran £6,000 dan bekalan makanan anjing seumur hidup untuk Pickles.[caption id="attachment_48871" width="598"] Dave Corbett bersama anjingnya, Pickles yang berjaya menjumpai trofi Piala Dunia yang dilaporkan dicuri. Kredit foto: FIFA Museum[/caption]Tidak terhenti setakat itu, trofi Piala Dunia telah dicuri buat kali kedua pada 1983 daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil di Rio, Brazil. Empat lelaki telah mencungkil kabinet trofi Piala Dunia dengan linggis atau ‘crowbar’.Malangnya, trofi Piala Dunia asal tidak dijumpai dan ada sesetengah pihak mendakwa ia telah dilebur dan dijual.5. Pemegang Trofi Piala Dunia yang AsliSemasa kecurian pertama trofi Piala Dunia pada 1966, FIFA menjangkakan ‘The Jules Rimet Trophy’ tidak akan ditemui. Oleh itu, replika sementara trofi Piala Dunia telah dihasilkan secara rahsia oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris dan digunakan pada majlis anugerah Piala Dunia sehingga 1970.Apabila Brazil memenangi Piala Dunia untuk kali ketiga, mereka memenangi hak untuk menyimpan trofi Piala Dunia yang asli.6. Pembuatan trofi Piala Dunia baharu[caption id="attachment_48872" width="600"] Trofi Piala Dunia yang baharu. Kredit foto: FIFA[/caption]Trofi Piala Dunia baharu telah direka oleh pengukir Itali, Silvio Gazzaniga. Trofi ini yang mempunyai beberapa perubahan iaitu dua manusia mengangkat glob membuat penampilan pertama semasa Piala Dunia 1974 di Jerman.7. Lokasi trofi Piala Dunia[caption id="attachment_48874" width="600"] Muzium Bola Sepak Dunia di Zurich, Switzerland. Kredit foto: FIFA[/caption]Sejak 2006, trofi Piala Dunia yang asli tidak pernah diberikan kepada negara pemenang. Sebaliknya, mereka hanya menerima replika trofi Piala Dunia yang diperbuat daripada gangsa bersalutkan emas.Trofi Piala Dunia yang asli ketika ini berada di Muzium Bola Sepak Dunia di Zurich, Switzerland.8. Ukuran dan harga trofi Piala Dunia[caption id="attachment_48879" width="600"] Pemain Perancis, Kyllian Mbappe bersama trofi Piala Dunia selepas menjuarai Piala Dunia 2018. Kredit foto: FIFA[/caption]Sejak Piala Dunia pertama kali diadakan, terdapat dua trofi Piala Dunia yang telah digunakan dengan reka bentuk yang berbeza.Trofi Piala Dunia pertama diperbuat daripada perak tulen bersalut emas dan tapak trofi pula diperbuat daripada mineral yang dikenali sebagai lapis lazuli. Trofi ini memiliki ketinggian 35 sentimeter (sm) dan berat sehingga 3.8 kilogram (kg).Trofi Piala Dunia yang baharu dengan anggaran harga sekitar USD $20 juta (kira-kira RM 91.6 juta) pula diperbuat daripada emas tulen 18 karat seberat 5 kg dengan dua tapak lapisan diperbuat daripada mineral berkarbonat tembaga iaitu malakit. Trofi ini adalah setinggi 37 cm dan berat 6.175 kg.Artikel berkaitan"Saya mahu mereka jadi pemain bola sepak profesional" - Ustaz FaridKecemerlangan aksi Akhyar Rashid, hasil pembangunan bola sepak SMK MergongCikgu Nasir mohon sukan ragbi perempuan diwujudkan di peringkat sekolah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok