HomeGen ZKecemerlangan aksi Akhyar Rashid, hasil pembangunan bola sepak SMK Mergong

Artikel Berkaitan

Kecemerlangan aksi Akhyar Rashid, hasil pembangunan bola sepak SMK Mergong

Penantian selama 42 tahun untuk Malaysia melayakkan ke Piala Asia telah berakhir apabila berjaya menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Ia merupakan satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia adalah pada 1980 tetapi skuad Harimau Malaya juga pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, disebabkan mendapat tiket selaku tuan rumah.

Pencapaian skuad bola sepak negara ini seharusnya dijadikan pembakar semangat kepada pelajar di luar sana yang rata-rata terbukti mempunyai bakat luar biasa.

Namun, bakat saja tidak mencukupi. Disiplin, kerja keras dan kekuatan mental turut menjadi penyumbang utama bagi meningkatkan kemajuan diri dalam sukan nombor satu dunia ini.

Selain itu, perancangan awal juga perlu dilakukan pada usia muda terutamanya ketika di bangku sekolah kerana tempoh masa ini amat penting dalam pembentukan jati diri dan penentuan hala tuju masa depan.

Kini, banyak sekolah harian biasa telah melihat kepentingan ini dan berusaha dalam mencari bakat-bakat baharu dalam dunia bola sepak dan seterusnya memberi pendedahan yang sewajarnya kepada mereka.

Salah satu sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong, Alor Setar, Kedah atau lebih dikenali sebagai FC Mergong yang telah melahirkan ramai pemain bola sepak tanah air.

Pemain bola negara, Akhyar Rashid yang menyarung jersi nombor 19 merupakan antara produk berjaya FC Mergong yang telah menyumbang kepada kejayaan skuad Harimau Malaya di pentas Kelayakan Piala Asia 2023.

FC Mergong memberi tumpuan kepada pembangunan pemain di peringkat umur 13 hingga 17 tahun dan turut melahirkan beberapa pemain bola sepak yang mewakili Kedah.

Antaranya adalah:

Farhan Abu Bakar: Penjaga gol

Farhan Roslan: Pemain sayap

Ifwat Akmal: Penjaga gol

Hidhir Idris: Pemain tengah

Artikel berkaitan

Bentuk pewaris bola sepak negara. Zaquan Adha sarankan mula latihan seawal usia

Teruja lihat maskot panda dan pemain bola sepak Kedah FA datang sekolah

6 kemahiran asas bola sepak yang perlu pelajar tahu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Terkini