Projek Sekolah Rimba manfaat pendidikan kepada anak-anak Orang Asli

Iklan
Untitled design (54)

Isu keciciran dalam pendidikan terutamanya melibatkan anak-anak Orang Asli perlu dipandang serius tanpa mengira faktor jantina, lokasi, latar belakang sosioekonomi dan etnik.

Iklan
Iklan

Ini adalah untuk memenuhi tuntutan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) keempat yang menyatakan jaminan pendidikan menyeluruh dan sama rata serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat.

Iklan

Untuk itu, baru-baru ini, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Projek Sekolah Rimba (Jungle School) dalam usaha membantu murid-murid sekolah di sekitar Terengganu.

Iklan

[caption id="attachment_49879" width="400"] Profesor Khatijah.[/caption]

Diketuai Timbalan Pengarah, Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) UMT, Profesor Dr Khatijah Omar, projek ini turut dijayakan bersama sembilan pensyarah serta pembantu penyelidik.

Menurut Khatijah, projek ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk minat belajar dan menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam kalangan anak-anak Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Tambah beliau, ini adalah satu usaha untuk bersama-sama menerapkan kepentingan pendidikan dan memupuk minat belajar bermula daripada peringkat sekolah rendah.

"Alhamdulillah, program ini dilihat satu pendekatan yang positif bagi membantu anak-anak Orang Asli di sini daripada terus terpinggir dalam pendidikan.

"Apa yang lebih membanggakan, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Pkharuddin Ghazali turut hadir bersama pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Terengganu dan guru-guru SK Sungai Berua bagi memeriahkan aktiviti pembelajaran santai Sekolah Rimba ini,” ujarnya ketika dihubungi Sinar Bestari baru-baru ini.

[caption id="attachment_49878" width="600"] Keterujaan anak-anak Orang Asli jelas tergambar.[/caption]

Beritahu Khatijah lagi, melalui projek tersebut sebanyak 20 slot pembelajaran telah diisi dengan kandungan belajar secara santai.

Antara pengisiannya Hutan Ini Milik Kita, Sing Along, Pasar Borong, Jom Masuk Hutan, Treasure Hunt serta Show and Tell.

Sehingga kini, empat slot pembelajaran telah dilaksanakan dan aktiviti melalui projek berkenaan juga pernah disertai delegasi dari Sarawak Energy dan Universitas Ibnu Sina, Batam Indonesia.

Yang pasti, jelas Khatijah lagi, peratusan kehadiran antara 60 hingga 85 peratus menunjukkan petanda baik untuk meneruskan projek berkenaan pada masa hadapan supaya dapat membantu pihak sekolah memperkasakan prestasi akademik pelajar dengan meningkat minat terhadap aktiviti pembelajaran.

Dalam masa yang sama, ini juga dilihat membantu meningkat peratus kehadiran pelajar ke sekolah.

Artikel berkaitan

UMT laksana PdP secara dalam talian, kakitangan diberi kebenaran bekerja dari rumah

UMT tubuh Diving School dalam kampus, sedia pelbagai perkhidmatan berkaitan selam skuba

Azizulhasni terima Ijazah Kehormat UMT


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok