KPM terus pantau dan lakukan intervensi murid berisiko cicir

Iklan
KPM-CICIR-TAHUNBARU-SINARBESTARI-2023

Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memantau dan melakukan intervensi ke atas murid berisiko cicir agar golongan itu terus kekal bersekolah sehingga tamat Tingkatan Lima.

Iklan
Iklan

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bertujuan memastikan hak setiap anak bangsa memperoleh kesaksamaan pendidikan dicapai walau di mana berada.

Iklan

"KPM amat prihatin akan masalah pendidikan khasnya isu keciciran dalam kalangan pelajar dan sentiasa mencari jalan penyelesaian ke arah sifar keciciran,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2023 menerusi hantaran akaun Facebooknya semalam.

Iklan

Fadhlina berkata, proses pencarian, pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak.

Justeru beliau menambah, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara memerlukan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan.

Teras terbabit ialah komunikasi cekap dan telus antara kementerian serta sekolah; memberi penekanan kepada aspek keramahan insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti; kemiskinan berbilang dimensi B40; keciciran pendidikan dan masalah literasi; kebajikan guru; ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak serta peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah.

Walaupun landasan sistem pendidikan yang diwarisi ketika ini telah melalui beberapa siri pemurniaan, Fadhlina berkata, warga pendidik tidak boleh berkompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh.

"Pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat implementasi.

"Ekosistem harmoni juga perlu diterjemah dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera bagi mengangkat kemuliaan insan tidak kira apa jua latar belakang kaum, agama serta bangsa." ujarnya.

Beliau menjelaskan, individu yakni murid, guru dan warga pendidik yang berkongsi harapan tersebut pasti dapat menggarap nilai kemanusiaan dan sekolah dapat menjadi medan yang bebas daripada gejala negatif, gangguan seksual, buli, ekstremisme, gengsterisme dan lain-lain.

Artikel berkaitan

KPM akan menambah baik proses penempatan semula guru

7 teras utama jadi tumpuan KPM

KPM mampu gubal dasar ke arah era baharu pendidikan negara – Fadhlina Sidek


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok